Connect with us

Artis / Selebriti

” Fatima yang pegang tangan Amira dulu, pastu Amira belai-belai tangan Fatima. Sweetnya.. ” – Komen Netizen

Video moment anak Fattah Amin, Nur Fatima Aisya menarik dan memegang erat tangan Amira Othman buat ramai tersentuh. Sweetnya Fatima, tarik nafas lega daddy tengok Fatima selesa dengan Amira.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fattah Amin, Amira Othman dan si kecil, Nur Fatima Aisya sewaktu Majlis Ijab Qabul Fattah dan Amira semalam. Selesai acara wajib, Fatima jalan beriringan tangan bersama Fattah untuk keluar dewan.

Kelihatan menerusi video ini, Fattah dan Fatima berpimpin tangan dan Amira berjalan di sisi Fatima sambil menyantuni tetamu yang hadir ke majlisnya itu. Seketika selepas itu, dapat dilihat Fatima meminta kepada Amira untuk memegang tangannya.

Moment sweet ini mengundang sebak di hati warganet. Amira tidak try hard untuk memenangi hati Fatima dan lebih memilih agar Fatima merasa selesa dengan dirinya terlebih dahulu. Amira yang penuh dengan sifat pengasih dan penyayang ini menenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Amira pula selepas Fatima memegang tangannya lantas mengusap-usap lembut tangan Fatima dan ianya menunjukkan sifat penyayang Amira yang tebal untuk Fatima. Fattah yang melihat pemandangan ini menarik nafas lega dan tersenyum lebar. Amira pasti akan menjadi ibu dan kawan yang baik untuk Fatima.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Bagus amira ni, dia bagi Nyamma ni selesa dengan dia. dia biar Nyamma yang pegang tangan dia dulu.. nampak smooth.. xnmpak try hard.. Nyamma pun anak yang cukup baik hasil ajaran daddy mommy.. “

” Mira ni bukan CALANG CALANG Org… Mira ni adalah org Bijak Pandai… Mira Pandai tackle Fatima… Dia biarkan Fatima dulu Dan apabila Fatima dah okay selesa baru Dia main kan peranan… Fatima dgn sendiri nya pegang tangan Amira kann. Bagus Baik sungguh HATI Mira ni.. “

” Itu yg suka psl mira.. dia xpernah paksa2 sb nk nampak sweet.. sblm ni pun perasan jugak.. budak2 ni kita xblh paksa.. Kte banyak kali ulang tgk part ni.. Ya Allah semoga fattahaminz dan amiraaothman berkekalan hgga ke akhir hayat.. Aminnnn… Terharu kte.. “

” Kita ulang2 tgok sweetnya Yamma pegang tgn Amira, pastu Amira belai2 tgn Yamma.. faz pn bgus juga .. dia tk ajar yammma utk benci amira .. buktinya yamma pn selesa dn dia sndri yg trik tgn amira .. semoga mereka bertiga boleh jadi ibu bapa yg baik utk yamma.. “

” Fatima cari tangan amira.. So sweet nyamma.. Fatima y pegang tgn Amira dlu.. lahaii anak.. semoga terus membesar dgn bahagia atas takdir kamu yea syg.. tahniah Fatah n Amira.. till jannah inshaAllah.. “

” Respeck momy fatima sebab izinkan fatima dtg wedding fattah, respect fattah sbb sentiasa dgn fatima, respect amira untuk ajak fatima duduk sekali atas pelamin.. Love nya Fatima.. dia hulur tangan nak pegang Amira.. “

” Klau kowng ulang balik video… lpas nyama tarik tangan Amira… fattah terasa lega… dalam hati fattah… Allah sahaja yg tahu.. “

Sifat kasih dan penyayang yang telah dipupuk dalam diri Fatima sejak kecil oleh Fattah dan Fazura membuatkan Fatima menjadi anak yang cukup baik. Semoga segala yang terbaik untuk Fatima dan Fatima mendapat kasih sayang yang melimpah ruah daripada Fattah, Amira dan Fazura juga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Minyak Herba Asmak

Trending

Copyright © Berita Kopak