Artis / Selebriti
” Excited sampai nangis Ernie. Comel sangat Ernie ni.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Ernie Zakri yang begitu teruja ketika Misha Omar menyanyikan lagunya ‘ Masing-Masing ‘ di Misha Omar Back To Basic Showcase. Wah jarang penyanyi senior buat tribute untuk penyanyi-penyanyi baru. Sampai melompat-lompat Ernie, excited betul..
Sekian lama Misha Omar tidak beraksi, kerinduan peminat Misha terubat dengan persembahan Misha di Misha Omar Back To Basic Showcase semalam. Tidak hanya orang awam, malah rakan artis antaranya Ernie Zakri dan Aina Abdul juga hadir ke showcase itu.
Meninjau entry di akaun Tiktok Inicuyaa, Tiktok Alip dan Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan video yang memaparkan Misha menyanyikan 3 buah lagu tribute untuk 3 artis yang sedang meningkat naik yang disukainya. Masing-Masing, Peluang Kedua dan Semalam dibawakan dengan cara Misha yang tersendiri.
Sebelum mendendangkan lagu-lagu ini, Misha memberi bayangan mengenai penyanyi asal lagu-lagu tersebut. Warganet memuji Misha kerana jarang artis senior tribute untuk artis baru. Ketika pemuzik memainkan rentak lagu Masing-Masing, reaksi Ernie berjaya dirakamkan oleh salah seorang penonton di situ.
Terharu dan excited, itu yang dapat dilihat menerusi reaksi Ernie. Melompat-lompat Ernie yang berada di tempat duduk bahagian atas kerana idolanya sudi memberikan tribute untuk dirinya. Terhibur warganet melihat telatah spontan oleh Ernie itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@inicuyaa Comel je reaction @erniezakriez bila Misha nyanyi lagu masing masing 😍😍 #mishaomar #mishaomarbacktobasic #erniezakri #backtobasicshowcase
@daxvilo Misha Omar – Medleys tribute Masing Masing, Peluang Kedua & Semalam #mishaomar #masingmasing #peluangkedua #semalam
Perkongsian ini meraih perhatian warganet dan rata-ratanya terhibur melihat persembahan Misha itu. Reaksi Ernie juga menghiburkan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Biasa org buat tribute to senior, dia buat tribute to junior. Awwww Masing-Masing, Peluang Kedua dan Semalam.. “
” Misha omar ni one of the artist yang sangat positive, sangat sangat support adik adik artis dia. Love kak mitch.. “
” Kak mitch yg nyanyi aku yg nak nangis! Ugh! Ni lah seorg figura yg mampu membawa semua org terbuai dlm saratnya emosi.. “
” Semalam sgt sesuai ngan MO.. terletak lagi tu.. masing2 make me wanna cry.. peluang kedua .. i feel it sis.. “
” So sweet of youuuu kak Mitch. Ada special segment lagi untuk artis-artis baharu.. terlalu berbunga, terlalu cinta.. “
” Ernie boleh pergi jauh inshallah, tokti cover lagu dia, now kak mitch pulakk.. all the best kak ninie.. “
” Ernie excited laa her idol nyanyi lagu dia.. Ernie comel macam budak-budak.. confirm lah Ernie sebak dan bangga idola suka lagu dia.. “
” Excited sampai nangis Ernie.. comel sangat Ernie ni.. Nasib erniezakriez tak duduk sebelah ainaabdulofficial. kalau x habis d tolak tarik nye aina s excited hahahahha.. “
Manalah Ernie tidak excited dan terharu, Misha Omar itu yang memberikan penghargaan terhadapnya. Satu situasi yang jarang berlaku dan rasa bakat dihargai oleh penyanyi senior. Comel sahaja telatah Ernie itu. Dengan bakat yang Ernie ada, tidak mustahil Ernie juga akan gah seperti Misha Omar selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, Tiktok Inicuyaa, Tiktok Daxvilo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen