Artis / Selebriti
” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
Video Ezwan Zain bocorkan rahsia Erra Fazira yang diketahuinya selepas mereka berkahwin buat ramai terhibur. Part Erra balas balik kenyataan Ezwan tu kelakar. Masing-masing bocor rahsia yer, berdekah semua yang dengar, haha..
Umum mengetahui bahawa Primadona kesayangan ramai, Erra Fazira telah selamat mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya, Ezwan Zain baru-baru ini. Perkahwinan pasangan ini mencuri perhatian peminat yang rata-rata meluahkan rasa teruja dan bahagia melihat idola mereka akhirnya kembali bergelar isteri.
Terbaharu, meninjau di akaun TikTok milik diana_sara9, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Erra dan Ezwan diundang menjadi tetamu jemputan istimewa di konti radio Sinar semalam. Menerusi video tersebut, Ezwan diajukan soalan mengenai perkara yang mungkin tidak diketahui ramai tentang isterinya itu.
Menurut Ezwan, Erra sebenarnya seorang yang sukar untuk tidur dan mempunyai sikap OCD yang mementingkan kebersihan. Pengakuan tersebut mencuit hati pendengar, lebih-lebih lagi apabila Erra sendiri secara berseloroh turut membocorkan ‘rahsia’ suaminya yang dikatakan seorang yang kuat tidur.

Ada yang mengatakan bahawa pasangan ini dilihat begitu serasi. Telatah mereka yang saling menyakat antara satu sama lain juga turut membuatkan warganet terhibur. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@diana_sara9 Ezwan bocorkan rahsia Erra🤣🤣🤣🤣🤣 #errafazira #ezwanzain #cintaabadi #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah pasangan pengantin baru tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suka tengok Erra sentiasa nak sentuh dan rapat2 dgn Mr E, memang manja dan sayang sangat tu. Semoga panjang jodoh kalian.. “
” Ulang2 tengok video nie.. Senyum simpul saya dgn depa dua. Sweet, semut bergula, haha.. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat usia.. Aaminn yrba.. “
” Ezwan cara bercakap mengambil hati lembut ikhlas sama dgn Erra ada kelakar dan manja.. Alhamdulillah semoga berbahagia.. “
” Samala laki aq snng bethol tido..pg jalan memane pun snng naw tido dia… Aq ni nak lelap kemain ssh bethol, HAHA.. “
” Happy weh tengok pasangan ni, kita pun rasa bahagia juga tengok dorang.. Kelakar lah Kak Era, kuat menyakat suami.. “
” Pasangan yg bahagia… Suka lah tengok dia orng berdua neh.. Ok lah tu, sorang kuat tidur, sorang tak kuat tidur.. Baru serasi orang cakap.. “
” Hahahaha aku punya lah teruja nak dengar apa yang Erra cakap, sekali dia nk bgtau Mr. E kuat tidur rupanya, hahaha.. “
Gelagat spontan dan penuh mesra pasangan ini jelas memperlihatkan kebahagiaan mereka sebagai suami isteri. Keakraban serta sikap saling terbuka yang ditunjukkan membuatkan ramai yang mendoakan agar rumahtangga Erra Fazira dan Ezwan Zain sentiasa dilimpahi kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok diana_sara9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku yang tersembur dengar Que panggil Kepom macam tu.. ” – Komen Netizen

