Artis / Selebriti
” Ernie Zakri tak perlukan muzik, muzik yang perlukan Ernie.. ” – Komen Netizen
Video nyanyian Ernie Zakri lagu Gundah apabila dihilangkan muziknya buat ramai terpukau. Wah, tanpa muzik pun sedap sungguh suara Ernie. Meremang dengar, merdu sangat..
Meninjau ke akaun tiktok Putehlangit, perkongsian sebuah video yang memaparkan Ernie Zakri menyanyikan lagu Gundah telah meraih perhatian ramai. Video ini kemudian disunting tanpa sebarang muzik ketika Ernie sedang menyanyi atas permintaan netizen.
Ini kerana mereka ingin mendengar suara Ernie ketika menyanyi apabila tiadanya sebarang muzik. Ternyata Ernie sememangnya memiliki suara dan vokal yang cukup padu. Suara Ernie tetap merdu walaupun tanpa sebarang muzik. Nyanyian tanpa muzik didengari seolah-olah seperti ada muzik.
Jadi tidak hairanlah Ernie pernah memenangi Anugerah Vokal Terbaik sebelum ini kerana ternyata suara Ernie tetap merdu tanpa muzik. Ernie mewarisi bakat seninya menerusi ibu saudaranya iaitu Ziana Zain yang juga merupakan penyanyi bersuara merdu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Seperti kata pepatah suara Ernie yang merdu bak buluh perindu. Sangat merdu untuk didengar walaupun hanya mendengar suaranya sahaja.
Jom tonton video di bawah :
@puteh_langit Replying to @euphorianisa Gundah – Ernie Zakri #nomusic #fyp
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Ernie. Antara komen -komen yang diberikan oleh netizen :
” Apa kata kalau hilangkan muzik mas idayu. nak dengar Situ Nurhaliza pulak tanpa muzik.. dia slh sorg artis yg guna mic sndri utk mnyanyi mcm Sheila Hamzah.. “
” Selain dato siti nurhaliza, ernie zakri punya belting pun masih mendendangkan kemerduan dan kelembutan. sukaa.. “
” Silap org la nk hilangkan muzik ernie mmg power try Marsha milan tanpa muzik.. Lurve ernie menyayi dgn penuh ikhlas saya lebih suka dia dr Aina Abdul.. “
” Saya suka shila amzah memang power giler nyanyi tanpa musik.. Sy lebih suka suara ernie zakri dr aina abdul .. dua2 sedap suara tp ernie lebih jelas sebutan.. “
” Nafas dia still kedengaran kan? tapi hafiz geng, dasyat gila hafiz control nafas. susah nk dgr dia tarik nafas kt mic. perghhh.. “
” Dh keturunan ziana zain. Mmg perfect.. ernie zakri don’t need music, music need her.. dia cekgu nyanyi …dah tentu la sedap tanpa musik.. “
” Ernie zakri suara sedap lembut lemak patutnye die dapat byk anugerah selayaknya 15tahun dalam industri.. dgn latar musik & tanpa latar musik suara Ernie Zakri tetap mantapss & power.. “
Ernie sememangnya dilahirkan sebagai seorang penyanyi. Sejak kecil lagi Ernie banyak menyertai pertandingan nyanyian dan akhirnya kini berjaya menjadi seorang penyanyi professional. Semoga Ernie Zakri terus berjaya dalam industri hiburan tanahair.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Putehlangit
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

