Artis / Selebriti
” Eleh tersakiti konon, sumpah dekah. Macam tu je Erra perli Norman, kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
Video reunion geng Gerak Khas, Norman Hakim, Erra Fazira, Abby Abadi, Salina Saibi dan Sheera Iskandar buat ramai terhibur. Part karaoke lagu Pasrah tu kelakar. Norman bertubi-tubi kena perli masa menyanyi lagu ni. Pasrah betul Norman, haha..
Drama kepolisian Gerak Khas antara drama yang meninggalkan banyak kenangan untuk pencinta drama Melayu. Antara pelakon yang menghiasi drama ini suatu masa dahulu adalah Norman Hakim, Erra Fazira, Abby Abadi, Salini Saibi, Sheera Iskandar dan ramai lagi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Abby dan Instagram Norman Hakim, telah dikongsikan video yang memaparkan mereka membuat reunion setelah sekian lama tidak berkumpul. Lebih 20 tahun persahabatan, semuanya sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing.
Selain makan-makan dan berbual mengenai kehidupan, 5 sahabat ini turut meluangkan masa untuk berkaraoke bersama-sama. Banyak lagu yang dinyanyikan oleh mereka antaranya lagu popular Erra berjudul Pasrah. Lagu ini juga menjadi soundtrack filem Pasrah lakonan Norman, Abby dan Erra.

Norman memulakan nyanyian dan diikuti yang lain. Seronok warganet melihat kemesraan antara 5 sahabat ini. Ketika Norman menyanyi part lirik ‘ berulang kali kau menyakiti berulang kali’ , Erra laju mencuit bahu Norman dan memerli Norman. Bak kata Erra, tersakiti lah sangat.
Jom tonton video di bawah :
@abbyabadi.exclusive Laguuu pertamaaa dari kami 😝😆 Banyak lagu ni.. dalam 20. Layan jelah “Karaoke Challenge” kami ni ek 😆 nyanyi senget2 tu biasa.. Banyak gangguan la 😂🤣 Enjoy2 je ni tau! Jangan judge.. haha.. Juri awam tidak diperlukan 😅 @SalinaSaibi @normanhakim_786 @Fazira Wan Chek @Sheera Iskandar Lurve
♬ original sound – abbyabadi.exclusive – abbyabadi.exclusive
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Erra “elehh tersakiti konon” hahahaha sumpah dekah camtu je Erra perli Norman.. Mmg kena perli la dlm citer tu dia suka erra tinggalkan abby ahahaha.. “
” Haha comel je. Lagu ni jgk lakonan erra dgn norman. Steady ja masing2. Norman dgn abby pun even prnh duk skli tp okay je lepak sama2.. “
” Pelakon gerak khas.. betul2 mengamit memori.. Pasrah… Erra, Norman, Abby.. cne ek abby dgn norman bole kamcing cmni.. bagus btol..jrg jmpe ex cmni.. “
” Ngam pulak lirik time kak abby nyanyi.. apakah salah ku apakah dosa ku.. Part abby bthol2 Kne dgn kisah hidup abby.. “
” Aku suka tgk crush2 berjumpa happy2 mcm ni. hidup ni kejap je. xyah gaduh. happy2 kn ok. saling ketawa kn sesama sdiri.. “
” Wey lawak turn kak Abby.. dengan kita sekali tergelak dengar Erra mengusik Abby pastu yang last tu kesian baru nak pegi nyanyi dah habis pulak.. “
” Norman tersakiti konon haha.. lagu nie sedih tau tiba2 jdi kelakar.. adoi sakit perut aku.. erra suka menyakat betul. kena norman setepek dengan erra haha.. “
Reunion Gerak Khas yang penuh ceria dan usik mengusik. Kaw-kaw Norman kena sakat dengan Erra pada pertemuan mereka kali ini. Apa-apa pun, semoga persahabatan antara Norman, Abby, Erra, Salina dan Sheera ini kekal baik dan berpanjangan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Abby Abadi, IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

