Artis / Selebriti
” Eira bagi 1 je, dia balas 10. Sakit rahang gelak, keluar air mata, haha.. ” – Netizen
Video Eira Syazira Bercerita Kenangan Lucu Ketika Mula Kenal Pak Azad Buat Ramai Terhibur. Wah Tak Sangka Pak Azad Mengaku Dia Mix Portugis. Nama Tu Yang Paling Lawak. Sekali Eira Pun Kena Bahan Balik Dengan Pak Azad. Pecah Rahsia Eira, Haha !!
Sesiapa yang mengikuti akaun media sosial Eira Syazira dan Pak Azad, pastinya tahu betapa lawaknya pasangan ini. Setiap kali membuat live bersama, pasti ada sahaja yang mencuit hati warganet dan ketawa tidak henti sehingga ke akhir. Pak Azad pula sejenis suami yang suka menyakat, lagi bertambah riuh jadinya.
Jika sebelum ini, Eira pecahkan rahsia Pak Azad meminta meminjam wang ketika awal perkenalan. Kali ini Eira berkongsi lagi kisah awal percintaan mereka. Memandangkan ada yang bertanyakan ketika live adakah Pak Azad ini berdarah kacukan, jadi terkeluar lah cerita ini.
Cerita Eira, ketika awal bercinta Pak Azad mengatakan dia berketurunan India Portugis dan Eira mempercayainya kerana Pak Azad sangat fluent bercakap Bahasa Inggeris. Pak Azad pula dipanggil Hans Isaac, lagi lah Eira percaya dengan gurauan Pak Azad itu.

Pak Azad pula, apabila Eira membahannya seperti ini, terus buka cerita Eira pula. Pak Azad mengatakan ketika Eira kecil, Eira berangan di hadapan cermin acah-acah seperti Britney Spear. Kaw-kaw Pak Azad kenakan Eira sampai ketawa besar Eira mendengarnya. Suami isteri sama-sama masuk air betul.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia NI Akan bahagia SMP Tua bersama macam NI la dia gelak ketawa gurau senda. NI la yg buat rumah tangga bahagia.. ”
” Haha tak kelakar tak sah korang berdua ni.. Dia saling membahan ye haha. muka melayu kelantan dengan muka portugis haha.. ”
” Love sangat dengan dorang berdua ni. Kelakar lah tekan India nya haha. Aduhai keluar air mata gelak. Kelakar la korang berdua ni.. ”
” Ira bagi 1 je, dia balas 10 haha. Dengan aku pun ikut tergelak. kelakar pak azad dengan eira ni haha.. ”
” Adoiii dia org ni tak abis2 kelakar.. couple yang lawak dan selalu menghiburkan.. 2 ketul ni betul masuk air haha.. ”
” Ada je dorang ni, Isaac tu paling tak menahan haha.. Portugis lah sangat Pak Azad oii haha.. kelakar betul.. ”
” Sak1t rahang gelak, layan live depa dua nih gelak keras perut la haha.. aku terhibur betul tengok laki bini ni saling membahan.. ”
Memang tak berhenti ketawa jika melihat live Eira dan Pak Azad ini. Dua-dua jenis kaki menyakat, sepatah Eira cakap, 10 Pak Azad bantai balik. Semoga kebahagiaan Pak Azad dan Eira ini berkekalan selalu sehingga ke jannah. Happy selalu sweet couple.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eira Syazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen



