Connect with us

Artis / Selebriti

” Ehh, dia makcik kan aje mak mertua dia.. ” – Komen Netizen

Video memasak Sheila Rusly bersama menantunya, Beatrice Chitra buat ramai terhibur. Menantu yang paling selamba. Macam tu jer Beatrice bahan mak mertua dia. Nasib baik tak kena hempuk dengan Sheila, haha..

Menerusi akaun Instagram Sheila Rusly, posting terbaru Sheila untuk video content masakan ‘ Hempuk – hempuk Ramadhan ‘ telah membuatkan ramai terhibur. Sheila memasak bersama menantunya iaitu Beatrice Chitra yang merupakan isteri kepada anak kedua Sheila.

Apa yang menghiburkan gelagat Chitra yang sangat selamba bersama Sheila yang tidak seperti bersama ibu mertuanya. Kemesraan mereka seperti kawan-kawan atau pun seperti ibu dan anak kandung. Seronok apabila mertua dan menantu sekepala.

Beatrice sempat ‘ membahan ‘ ibu mertuanya beberapa kali dan Sheila juga tidak sedikit pun berasa kecil hati. Sikap sebegini membuatkan ramai wanita di luar sana teringin mempunyai ibu mertua seperti Sheila yang melayan menantu seperti anak sendiri.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Video memasak ibu dan menantu ini amat dinantikan oleh warganet kerana ia memberi idea untuk menu berbuka puasa.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Ehh..dia makcik kan aje makmertua dia bestlah. Moga2 ank menantu i pun nnti sekepala.. Dua2 ni.. are completing each other.. love.. “

” I igt anak no 2 je perangai mcm ni, isteri anak no 2 pun perangai cmtu.. Cantik sangat menantu sorang ni tau, berani die nk hempuk hempuk sheila rusly eh.. “

” Haha comel. Dier je la yg berani ngn Sheila rusly ni ha. Spontan je semua. Asikk.. Kalau nak express pakailah bibik shielaa.. “

” Haha comelnye dua2 ni. Bukan mcm menantu tp mcm ank perempuan sndri dh tgk. Aku kn xblh lh tgk beatricechitra geram jewww.. “

” Hahahahaha x pernah x terhibur dgn 2 beranak ni…next video kita tggu lagi .. Alhamdulillah syukur dua beranak ni pandai masak.. “

” Part yg slalu saye tunggu bila beatricechitra and sis sheilarusly_jspictures kat dapur buat kita orang terhibur 8× dah ulang alik tengok trice pya video.. “

” Salam Beatrice  i like you la so cute..Confident level you over the top la.. Sabar ja dua2 tak pernah nampak sheilarusly Menantu pernah sbb pergi makan kat restauran sis.. “

Video masakan “Hempuk-hempuk Ramadhan” ini bukan sahaja menghidangkan juadah enak, malah menyajikan momen penuh kasih sayang dan gelak tawa antara ibu mertua dan menantu. Semoga kemesraan seperti ini terus menjadi inspirasi dan menyemarakkan lagi suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak