Artis / Selebriti
” Eh tahu tahu nak beranak dah. Comelnya baby bump.. ” – Netizen
Video Terbaru Pelakon Drama Sweet Dreams, Yuna Rahim Yang Sedang Sarat Hamil Raih Perhatian Ramai. Patut Lama Tak Nampak Yuna Berlakon. Cantiknya Mak Buyung Ni, Berseri-Seri. Comel Baby Bump Tu !!
Pelakon kecil molek, Yuna Rahim mula dikenali ramai ketika menjayakan drama Sweet Dreams bersama Mira Filzah dan Ben Amir. Watak Cempaka yang dibawakan oleh Yuna ketika itu menjadi perbualan dan ramai yang suka melihat lakonan Yuna.
Yuna mendirikan rumahtangga pada bulan Februari tahun lalu bersama jejaka pilihannya, Muhammad Nurakmal Ayub. Setelah setahun melayari bahtera perkahwinan, Yuna mengumumkan berita gembira kepada semua yang mengikuti perkembangan dirinya.
Meninjau entry terbaru Yuna di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penampilan terkini Yuna. Rupa-rupanya Yuna kini sedang hamil anak sulungnya dan usia kandungannya sudah mencecah 8 bulan.

Patut lah sudah lama warganet tidak melihat drama lakonan Yuna, ini sebabnya. Yuna juga ada memberitahu di ruangan komen yang dirinya sedang bercuti selama setahun daripada dunia lakonan untuk memberikan fokus kepada kandungan sepanjang tempoh kehamilan.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@yunarahim Alhamdulillah we’ve come this far❤️ sebulan je lagi insyaAllah
Perkongsian oleh Yuna ini sehingga kini telah pun meraih lebih 80 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Eh tau tau nak beranak dah . Macam baruu je lagi tengok Yuna naik pelamin haritu.. comelnya baby bump dia.. ”
” Lama tak nampak ehh tetiba mengandung.. patut lama tak nampk berlakon . semoga diprmudahkan urusan ye. amin.. ”
” Patut la lama tak nmpk berlakon… Sy doakan semoga dipermudahkan urusan yuna.. Mesti baby girl.. ”
” Congrats yuna.. Comel jeee diaa niee tauu.. pakai kain batik pun tetap nampak berseri-seri dan gorgeous.. ”
” Awhhh comel, dragon baby.. ingatkan dia berlakon, betul-betul mengandung weh.. maaf la… moga dipermudahkan urusan.. dpt baby comel mcm ibunye.. ”
” Laa weiiiii. Patutlahhh lama tk nmpakkk.. Cumelnyaa baby bumpp.. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nty yuna.. ”
” Comelnye dia pkai kain batik macam gitu… jarang² nmpak yuna pakai mcm ni…. mcm xcye nak jd ibu dh, masih ingt dia bdk skolah berlakon jd adik mira filzah.. ”
Alahai masing-masing masih terbayang Yuna memakai baju sekolah, walhal tuan punya badan sudah mahu bergelar ibu tak lama lagi. Tahniah Yuna dan didoakan agar semua urusan Yuna untuk melahirkan nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Yuna Rahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bertuah korang dik, dapat jumpa Biduanita, siap kena belanja makan.. ” – Komen Netizen



