Artis / Selebriti
” Dulu Bella expect pasangan Bella macam okey macam Nabil.. ” – Bella Astillah
Video Bella Astillah memuji Nabil Ahmad raih perhatian ramai. Part last tu kelakar. Amboi Nabil, berani yer dia, haha..
Umum mengetahui Bella Astillah digandingkan bersama Geng 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad pada setiap hari Isnin. Gandingan mereka di stesen radio itu ternyata mendapat perhatian ramai dan memuji Bella sebagai seorang penyampai yang berbakat dan mesra pendengar.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram Era, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Bella memuji Nabil. Menerusi video itu, kata Bella, pada awalnya dia menyangka pasangannya dahulu juga seperti Nabil yang gemar menggabungkan nama bersama isteri di akaun Instagram.
Bella kemudian bertanya sama ada isteri Nabil, Zira mengetahui perkara tersebut. Nabil menjelaskan bahawa akaun yang menggabungkan namanya bersama isterinya itu sebenarnya diuruskan sendiri oleh Zira. Situasi itu membuatkan Bella kagum dengan cara Nabil menghormati perasaan isterinya.

Lebih menarik, perkongsian video ini turut mencuit hati netizen yang memuji sikap Nabil sebagai seorang suami yang prihatin dan penyayang. Rata-rata pengikut turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Bella itu. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen yang menarik adalah :
” Aku rasa Bella lagi kenal aku dari bini aku ‘ berani nabil ya.. Berdekah aku dengar td.. Memang kelakar.. “
” Hahahahahaha kembang dah tu Nabil.. Tapi bestkan dapat suami macam tu takda rasia antara kita.. Terbaik lah Nabil.. “
” Untung lah Nabil kne puji dengan Bella.. Kembang semua… Tapi memang ada baik pun macam tu, sy pun suka macam tu.. “
” Nabil dah kembang hidung dah tu, terbaiklah nabil dan isteri kan.. Sebenarnya jarang2 tau suami suka mcm tu.. “
” Hahahahahaha ngek Nabil, ni kalau Zira dengar mahu kena cubit telinga.. Tp bagusla kan nabil begitu.. Semakin berusia semakin bagus orgnya.. “
” Saya setuju dgn Bella.. Semua lelaki suka wanita..CDan akn ada niat nk lebih Dr satu wanita.. Tetapi ada lelaki memilih UTK menjaga.. “
” Betul kata Bella Astillah itulah kejujuran bagi untuk pasangan kita.. Point dia, sebagai isteri “kita takde rasa risau”. maksud risau dia tu “trust, percaya.. “
Bangga Nabil apabila Bella memujinya sebagai seorang suami yang baik. Ini terbukti betapa pentingnya menghormati pasangan dalam perhubungan terutama sekali yang sudah berumahtangga. Semoga pasangan Bella selepas ini juga jujur seperti Nabil.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

