Artis / Selebriti
” Dua-dua layan gedik masing-masing, patut la ngam. Lucu lah Mr E ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Erra Fazira pecahkan satu lagi rahsia suaminya, Ezwan Zain buat ramai terhibur. Comel je Ezwan buat bunyi muzik dan Erra sambung tu. Dua-dua suka menyakat, sweet sangat..
Pasangan sensasi, Erra Fazira dan Ezwan Zain antara pasangan yang menjadi sebutan ramai masa kini. Untuk peminat tersayang, satu siri podcast yang diberi nama Kasi Onz Channel diwujudkan dan ianya dihostkan sendiri oleh Erra dan Ezwan. Banyak yang diperbualkan menerusi podcast ini dan telah pun memasuki episod ke 4.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan episod tersebut. Seperti selalu, baik Erra mahu pun Ezwan suka menyakat dan ada sahaja idea mereka untuk mengenakan antara satu sama lain.
Kali ini Erra membocorkan satu lagi rahsia Ezwan kepada penonton setia Channel Kasi Onz. Kata Erra, Ezwan suka menonton cerita Tamil, namun ada satu filem yang sangat disukai oleh Ezwan. Mendengar ayat Erra itu membuatkan Ezwan ketawa.

Erra menunjukkan trademark dalam filem tersebut dan Ezwan pula melayani sambil membuat gaya hero dalam filem tersebut. Tidak itu sahaja, Ezwan turut membuat bunyi muzik latar filem itu dan Erra pula sporting menyambung muzik tersebut.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dah nampak kenapa erra suka beliau sebab rajin melayan kepala ting tong erra haha.. memang serasi, semoga kekal bahagia hingga ke jannah aamin.. “
” Ko xyah la sambung.. haha lucu lah mr e ni. aku dgn laki mmg suka kutuk sesama sndri.. syok ooo.. korang try ar tp pastikan hti kental ye.. “
” Kali ni kak erra jd diri dia sndri , suke tgok dia selesa mcm tu. Suka tgk Erra dn suami bergurau mcm tu.. Semulajadi je gurauan mereka. dengan kita sekali ikt ketawa.. “
” Dua2 layan gedik msing2 patut la ngam.. ssh kn nk cr yg sma cm diri kite ni.. comel betul korang ni.. pandai Mr E timbulkan the real Erra.. “
” Amboi sekufu sungguh heyyy.. suka menyakat suami isteri ni. gurauan membawa bahagia.. Suka sangat tgok suami erra.. beradap btl bila b.ckp tau.. sopan sangat.. “
” Dengan aku senyum seorang tengok gelagat Erra mr e ni. dua dua sekepala, masuk air. adui kelakar lah, tak payah la sambung haha.. “
” Akak, saya tak larat nak senyum dah ni tgk korang berdua masyaallah tabarakallah.. lovely couple gitu.. Erra dah jumpa suamu yang boleh berkawan dan masuk air.. moga rukun selalu lovebirds.. “

Seronok warganet melihat telatah ‘masuk air’ Erra dan Ezwan, memang serasi bersama dan banyak persamaan pasangan ini. Tumpang gembira warganet melihat cara Ezwan dan Erra bergurau. Semoga rumahtangga pasangan ini dalam lindungan Allah selalu dan berbahagia sampai ke akhir hayat.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG KasiOnz, Tiktok KasiOnz, Youtube Channel Kasi Onz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

