Artis / Selebriti
” Dr Izzar ni kelakar lah, caption tu tak boleh blah betul.. ” – Netizen

Video Alif Satar Bersalaman Dengan Suami Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari Ketika Menyanyi Lagu ‘Isteri’ Di KLFM. Perkongsian Dr Izzar Di Instagram Buat Warganet Terhibur. Tak Move On Lagi Dengan Hayfa Dan Adam Ni, Hehe !!
Meninjau akaun Instagram suami kepada Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Alif Satar ketika menyanyi secara live di Kuala Lumpur Fashion Week ( KLFW ).
Alif yang membawakan lagu single terbarunya berjudul ‘Isteri’ bersama bandnya, The Locos. Apa yang menarik, ketika berdiri di hadapan Dr Izzar dan Ummi, Alif berhent1 di hadapan pasangan ini dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Dr Izzar.
Tulis Dr Izzar di kapsyennya dengan gurauan mengaitkan dengan watak Adam dan Hayfa dalam drama fen0mena Risik Pada Hati. Ad0ilah Dr Izzar, ini memang betul-betul belum move on ye Dr haha. Ayat ‘ apa motif Adam bersalam dengan saya’ itu mencuit hati warganet.
Ummi juga ada berkongsikan video nyanyian Alif ini dari sudut yang berbeza yang menampakkan suasana di sekitar KLFW ini. Boleh pula Alif berhenti depan Ummi dan Dr Izzar, membuatkan ramai yang terhibur menyaksikan gelagat mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Ummi dan Dr Izzar ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen mereka yang dapat kami kongsikan :
” Haha saya menang tunggu doktor upload je ni. Nak baca kapsyen especially part last tu haha. Lawaklah dr ni, terhibur baca kapsyen tu.. “
” Hahahaha banyak2 spouse artis, paling suka layan Dr Izzar ni.. Sangat sporting melayan je apa2 bkaitan lakonan isteri haha.. “
” Motif mewujudkan silaturahim kembali antara lakonan dan reality. Lucu lah Dr Izzar ni, if Dr ada boleh sambung part 2.. “
” Kapsyen win haha, sweet sangat Adam tu Doc. Jangan terpengaruh dengan permainan Adam ni haha.. “
” Kelakar la kapsyen, adui sak1t perut baca. Selalu support isteri dia, bagusla Dr Izzar ni.. “
” Dr Izzar ni kelakar lah, caption tu tak boleh blah betul. Tergelak baca sambil tengok Alif salam dengan Dr haha.. “
” Kecik besar kecik besar Dr duk berzikir sambil pegang phone haha, mujur kawan tu hulur tangan salam.. ada Risik Pada Hati 2 eh, yahoo.. “
” Kenapa aku tetiba senyum ni.. duk ulang tgk p still senyum lagi. Weh, aku boleh move on lagi ke weh.. “
Dr Izzar memang funny person dan suami yang cukup supportive untuk Ummi dan sentiasa membuatkan warganet tertunggu-tunggu ayat kapsyen powernya itu, hehe. Apa-apa pun, semoga harapan semua peminat untuk ada Risik Pada Hati 2 bakal tercapai nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Izzar Anwari, IG Ummi Nazeera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin