Artis / Selebriti
” Dia tahu depreciation, aku tahu depression je. Dia dah kira depreciation siap-siap.. ” – Komen Netizen
Video Ammar Ahyan bercerita mengenai hadiah kereta oleh abahnya buat ramai kagum. Rupa-rupanya kereta lain yang Amayan minta. Part respon Amayan bila ramai yang DM minta tumpang kereta tu serius kelakar. Adui Amayan, makin lawak..
Ammar Ahyan dikatakan bertuah kerana lahir sebagai anak Dato’ Aliff Syukri. Bak kata warganet, lahir dalam dulang emas, hidup dalam kemewahan, namun realitinya tidak sebagaimana yang difikirkan oleh orang ramai. Dato’ Aliff sentiasa mengajar anaknya untuk bersederhana dan menekankan adab dalam kehidupan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok URTC Official, telah dikongsikan satu temubual yang memaparkan Ammar bersama pihak wartawan. Antara soalan yang diajukan kepada Ammar adalah mengenai hadiah kereta pertama yang diberikan oleh abah dan mamanya iaitu sebuah kereta Porsche.
Ammar mengatakan itu bukan lah kereta pilihan pertamanya. Ammar yang berjiwa patriotik ini memilih kereta keluaran negara. Namun Ammar tetap gembira kerana abahnya memberikan sebuah kereta yang selesa. Ammar turut berkongsikan mereka telah pun mengira depreciation (susut nilai) sebelum mengambil keputusan membeli kereta tersebut.

Selain itu, Ammar turut mendedahkan ramai yang menghantar DM di media sosial kerana ingin menumpang dan merasai pengalaman menaiki kereta Porsche. Jawapan yang diberikan oleh Ammar membuatkan para wartawan tergelak, random betul jawapan Ammar ini.
Jom tonton video di bawah :
@urtv_official Ammar Ahyan anak kepada Datuk Seri Aliff Syukri terima banyak DM di media sosial nak tumpang naik kereta Porsche. Tapi itulah, Ammar kata, kereta tu ada 2 kerusi jer 😃😆 #fyp #urtv #utusantv #ammarahyan #aliffsyukri
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia tahu depreciation, aku tahu depression je. dia dah kira depreciation siap-siap.. selalu dia bagi jawapan memang logik weyy.. “
” Satu je soalan. ammayan ni ambik perangai sape weh. dia punya serius tu macam takde kat mak bapak dia.. Dia dah kira depreciation kereta dia sebelum beli.. “
” Pilihan pertama proton perdana, lain macam amayan ni.. amayan, jarang budak-budak muda nak proton perdana ni dik.. “
” Orang lain dapat kereta tukar spotrim, makeup kereta. Amayan dapat kereta nak beli sticker P. Beli smart tag.. “
” Pandai Amayan bagi jawapan, tepat, padat dan ringkas. Anak T20 sendiri ckp PELAJARAN NI PENTING. Sampai 1 golongan ni gi kata PELAJARAN TK PENTING.. “
” Aku tak jangka langsung jawapan Amayan macam ni.. aku suka dia ni. anak orang kaya yg tak cakap berlagak atau tinggi mendongak. teruskan dik. orang mcm ni boleh lebih berjaya.. “
” Mindset org kaya.. mak pak dia dh ajar terbaik amayan.. Habits lebih penting dari pelajaran.. okay ini kelakar ‘kereta saya muat 2 orang je.. yang ratusan tu mrt ‘.. lawak lah amayan haha.. “
Ammar sememangnya seorang yang educated dan matang dalam berbicara. Setiap jawapan yang diberikan logik dan adakalanya di luar kotak. Part jawapan kepada sesiapa yang ingin menumpang keretanya paling kelakar. Sempat lagi Ammar membuat jenaka. Apa-apa pun, Ammar pasti akan menjadi pewaris yang berjaya untuk legasi Dato’ Aliff Syukri.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok URTV Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

