Artis / Selebriti
” Dia rindu Fatima sangat tu. Sedih tengok Fattah.. ” – Komen Netizen

Video Nabil Ahmad Dan Pak Azad Memberi Kata-Kata Semangat Kepada Fattah Amin Buat Ramai Tersentuh. Part Masa Bercerita Pasal Anak Tu Paling Sebak, Alahai Sedihnya !!
Masih lagi hangat diperkatakan di media sosial mengenai perceraian antara Fattah Amin dan Fazura. Ianya tidak hanya meninggalkan kesedihan buat Fattah tetapi juga peminat yang sayangkan pasangan yang digelar sebagai Fattzura ini. Namun semuanya sudah tertulis dalam takdir kehidupan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Suria Cinta90 dan Akulah_syikin, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan perbualan antara Fattah Amin bersama Nabil Ahmad dan Pak Azad ketika Fattah hadir ke konti Era pagi tadi sebagai tetamu jemputan.
Sebagai sahabat, Nabil memberikan kata-kata semangat untuk Fattah supaya Fattah terus bersemangat. Fattah juga sangat positif dan penerimaannya terhadap nasihat Nabil. Kata Fattah, segalanya sudahpun ditetapkan Allah. Ajal, jodoh dan maut semuanya daripada Yang Esa.
Nabil yang mempunyai 3 orang anak perempuan memahami perasaan Fattah sebagai seorang ayah. Sekali pun Fattah masih mampu mengukir senyuman tetapi riak wajahnya tidak boleh menyorokkan rasa rindunya terhadap Fatima. Satu-satunya anak Fattah yang amat disayangi.
Jom tonton video di bawah :
@suriacinta90
@akulah_syikin soft ja fattah cakap… #fattahamin #fyp #fypシ #fypage #xyzbca #viraltiktok #tiktokmalaysia #viral
Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Fattah ni aura dye len.. ramai org backup dye.. btl nabil kata “kau ni org baik” smga fattah sntiasa kuat.. ksian tgk fattah.. arts2 len aq x sedey, tp bila fattah blh plk sedey.. sayu btll hati.. “
” Sedih pulak tengok muka Fattah. Dari air muka Fattah dye banyak simpan ape dlm hati dye rasa lalui.. bagus menjg aib.. “
” Dia rindu Fatima sangat tu.. sedih tengok Fattah. bagus Fattah. dia berani keluar jumpa org.. bhya kalau sendiri dok rumah.. takut jadi murung… ni pakat bagi smgat ke fattah.. “
” Fattah ni sebelum cakap banyak fikir.. first time aku tengok pak azad tak buat lawak. nampak sayu je pandang fattah.. “
” Weyhh dia senyum camtu. Kalau takde orang depan dia mungkin dah nangis agaknya.. Nabil punya nak comfortkan fattah tu aishh terasa sampai sini.. “
” Dalam keadaan fattah skrg, Allah hadirkan shbt² yg memahami di sekelilingnya hatta x bersahabat pun turut mendoakan kebaikkan buatnya, org baik ramai syg.. “
” Tenang je dia.. senyum je… dia ikhlas menerima takdir. susah jumpa laki cmni. raut muka dia bnyk smpn rahsia.. “
” Air mukanya menunjukkan kesedihan kerinduan yang amat mendalam… Fattah kene ade circle mcm dorg ni..bwu dia semangat ceria nk teruskan hidup.. “
Walau apa pun yang terjadi dan bakal terjadi, hidup perlu diteruskan. Pastinya ada hikmah untuk Fattah atas segala apa yang telah berlaku dalam hidupnya sekarang. Yakin lah, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu sendiri. Selepas hujan, pasti akan ada pelangi yang akan mewarnai hidup, Insha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Suriacinta90, Tiktok Akulah_syikin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen