Artis / Selebriti
” Dia boleh pula ajar makcik tu cakap bahasa Melayu sambil berniaga. Lawak lah Bella, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Tiktoker terkenal, Bella Park membantu wanita-wanita di Ladakh berniaga buat ramai terhibur. Wah hebatnya Bella cakap Hindi. Riuh-rendah, dia buat macam berniaga kat kampung sendiri, hehe..
Bagi yang suka mengikuti TikToker, Bella Park pasti mengetahui Bella seorang yang suka travel ke luar negara. Paling menarik, tempat-tempat yang Bella pergi lain daripada yang lain. Bukan itu sahaja, perkongsian mengenai kembaranya di satu-satu destinasi sangat dinantikan oleh pengikutnya di Tiktok.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Bella sendiri, telah dikongsikan dua video yang memaparkan Bella sedang berada di Ladakh, India. Menerusi video-video tersebut, Bella sedang membantu para peniaga wanita di kaki jalan berniaga barang-barang yang dijual.
Telatah Bella berkomunikasi dalam bahasa Hindi dan bahasa Melayu ketika berniaga telah menarik perhatian para pelanggan di situ. Selain itu, video Bella ini juga sangat mencuit hati apabila Bella sesekali menyakat para peniaga wanita-wanita tersebut.

Seloroh Bella pada kapsyen video, dia bosan dan mengisi masa bosannya dengan membantu ‘makcik-makcik’ tersebut berniaga. Malah, pertuturan Bella fasih bercakap bahasa Hindi turut mendapat pujian serta ramai yang kagum dan teruja mendengar perbualan Bella bersama-sama wanita-wanita Ladakh.
Tonton perkongsian video-video di bawah :
@bellapark1310 aku boring2 pi meniaga ngan makcik ni, ampa kalau pi Ladakh cari la dia kat depan Shanti Stupa. #bellaparktravel #ladakh #ladakhtrip
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
@bellapark1310 dok sehari xpa kalau lagu ni, nak kena mai Ladakh pulak dah one day nak kena cari Makcik Chorol ni pulak. pi tang mana org tua2 mesti akan ada sorang gak lekat ngn Bella. #bellaparktravel #ladakh #ladakhtrip
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Bella dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Dia boleh buat serupa macam balik kampung dia, riuh rendah, haha. Bella ni satu ja, power oo dia boleh cakap hindustan noh.. “
” Aku lah, keras perut kalau tengok perangai Bella ni.. Tapi seronok sangat tengok video-video yang di share, semuanya nampak menarik.. “
” Bukan Bella lah kalau tak buat perangai masuk aiq dia, haha.. Dia buat macam tu bisnes dia ja, haha adoii lawak2.. “
” Kalau gaya meniaga mcam ni, komisen mesti keras hahaha.. Loqlaq lah hang Bella oii.. Tapi bagus lah tolong depa meniaga.. “
” Dia ni boleh hidup di mana mana sahaja.. Cara sembang tu macam dah kenal bertahun2, hahaha.. Bella2, memang kelakar.. “
” Influencerr paling bijak setakat ni, tak kontroversi, tak ada cerita bodoh.. Video content dia semua nampak menarik dan bermanfaat.. “
” SANUSI BOLEH.. Siot ja dia juai nama sanusi plak dh, hahaha.. Suka tengok Bella ckp hindi.. Saya pun minat filem hindi kecik2 dulu.. Faham la sikit apa yg diorg bualkan tu.. “
Seronok melihat cara Bella beramah mesra bersama peniaga-peniaga di sana. Kalau dilihat cara pergaulan Bella bersama mereka seperti sudah lama kenal. Untuk info, Bella hanya mempelajari bahasa asing seperti Hindi, Korea dan beberapa bahasa lagi hanya dengan menonton drama sahaja. Hebat kan..

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bellapark1310
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

