Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen

Pembantu peribadi YB Syed Saddiq, Jack dedah mengenai kisah cinta mula berputik antara YB Saddiq dan Bella buat warganet teruja. Wah sampai macam tu sekali YB Saddiq sanggup korbankan untuk Bella. True love story sangat ni.. 

Kisah cinta YB Syed Saddiq dan Bella Astillah (BASS) menjadi topik hangat yang diperkatakan oleh wargamaya sejak kolaborasi mereka di Primavalet. Ada yang beranggapan mereka hanya berlakon dan marketing untuk melariskan produk, namun ternyata dari rakan sekerja timbulnya rasa cinta dalam hati pasangan ini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Scha.aaaaa1, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual wakil Era FM bersama pembantu peribadi YB Saddiq, Jack di majlis pertunangan Bella dan YB Saddiq baru-baru ini. Jack adalah orang paling rapat dengan YB Saddiq dan mengetahui segalanya mengenai majikannya ini.

Sekian lama warganet menanti Jack membuka mulut, akhirnya Jack berkongsi kisah bagaimana berputiknya cinta BASS. Kisah yang seronok untuk didengar dan ramai yang tidak menyangka, rupa-rupanya YB Saddiq sudah lama mengikuti dan meminati Bella.

Satu demi satu rahsia YB Saddiq didedahkan oleh Jack. Ini baru sedikit pendedahan daripada Jack dan warganet yakin, banyak lagi moment manis yang Jack simpan sepanjang percintaan YB Saddiq dan Bella itu. Sudah lama rupa-rupanya YB Saddiq menyimpan rasa di hati dan akhirnya, Allah temukan juga dengan Bella.

Jom tonton video di bawah :

@scha.aaaaa1

sblm pv lagi dia dah ada hati guyssss #bellaastillah #syedsaddiq #bellasyedyes

♬ original sound – scha.aaaaa – scha.aaaaa

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Korang jgn la kutuk bella gedik… YB yg memang nk bella.. ada bukti ye.. ade dengar YB sendiri cakap dia memang crush kat bella .. lurve sangat ek.. “

” Jack penyimpan rahsia besar ni .. hahaha.. bukan main Jack, dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. lama sangat dah menyimpan rahsia Bella Saddiq.. “

” Jack… jommm jumpa sembang jap boleh tak.. nak dengar cite dari mula sampai akhir.. jack dgn Niel kena buat podcast sbb saksi utama.. “

” Yb dh lama crush bella. sbb tu bila 1st time bella ajak join PV, yb x ckp byk, x tanya apa2 terus setuju sbb bella yg ajak.. “

” Nanti lepas nikah lagi banyak jack reveal. masa tu kita yang berguling-guling jatuh katil.. spill lagi dan lagi Jack, kita suka sangat.. lama dah netizen tunggu nak tahu detik cinta berputik ni.. “

” Dah lama jack simpan benda ni akhirnya dia boleh luahkan.. Jack da ade stock of video utk di reveal tu.. Lama dah YB suka Bella.. cuma jodoh baru sampai.. “

” Aww so sweet.. wow… snggup YB kosongkn jadual dia demi bella… masa tu msti cinta dh brputik.. what Bella want, Bella gets.. spill the teaa semua sekali Jack.. “

Jack adalah saksi utama yang menyaksikan perjalanan cinta YB Saddiq dan Bella. Umpama kisah dalam drama, ini bukanlah pengakhiran tetapi permulaan untuk sebuah ikatan yang sempurna. Semoga kasih sayang dan cinta YB Saddiq untuk Bella utuh untuk selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Scha.aaaa1, IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak