Artis / Selebriti
” Di saat orang memandang rendah pada saya, dia saja yang yakin kemampuan saya.. ” – Datin Alyah
Video Datin Alyah ingin membuat rumah untuk ibunya buat ramai tersentuh. Seronok tengok cara Alyah menyakat dan menyantuni ibunya. Comel dua beranak ni berborak..
Meninjau di akaun Instagram milik Datin Alyah, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Alyah bersama ibunya. Menerusi video itu, kelihatan Datin Alyah dan ibunya sedang berborak di dalam rumah. Kata Datin Alyah, rumah ibunya tidak lama lagi akan dirobohkan.
Di ruangan kapsyen, Datin Alyah memaklumkan rumah tersebut akan dibina semula kerana sebelum ini sering terkesan dengan banjir. Selain itu, Datin Alyah juga mengatakan meskipun dia tidak kaya, dia tetap akan usahakan yang terbaik untuk ibu tersayang.
Tambah Datin Alyah lagi, jasa ibunya membesarkan dirinya juga tidak akan dapat dibalas jika dibandingkan dengan apa yang dia lakukan untuk ibunya itu. Perkongsian video oleh Datin Alyah tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji usaha yang dilakukan oleh Datin Alyah kepada ibunya.

Ramai yang mendoakan agar Datin Alyah akan dimurahkan rezeki. Sehingga kini, video Datin Alyah itu telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis. Seronok melihat telatah dua beranak ini berborak, sempat pula tu Datin Alyah menyakat ibunya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai dan tersentuh dengan perkongsian oleh Datin Alyah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Betul tu.. Dah tua ni, nak bilik tidur berhampiran bilik air, gerak sikit tempat masak n tempat rehat.. Semoga mak datin snetiasa sihat.. “
” Cite psl nk buat umah smp ke gajah sy dok lyn cite sembang mak dgn ank ekkk.. Allah, comel betul dua beranak ni berborak.. “
” Alhamdulillah murah rezeki ko eja… Suke betul lh ngakat mak.. Tak pe eja, lepas ni ko makin bertambah kaya sebab bahagiakan mak ko.. “
” Lama tak nampak mak raja. Semoga mak raja sentiasa dlm rahmat kasih sayangnya.. Allhamdulillah, semoga Datin Alyah pun akan murah rezeki.. “
” Sempat lagi usik mak comell.. Buat tinggi sikit,biar air tak naik.. Mini rumah kayu jati comel juga Datin.. Sesuai lah utk mak2.. “
” Aamiin..semuga niat baik Datin Alyah dipermudahkan.. Sebak pula kita rasa.. Mak kita dah tak ada.. Rindu rasanya tgk Alyah menyakat maknya.. “
” Alhamdulillah syukur Datin Alyah81 masih ada emak masih blh mendoakan utk datin.. Semoga emak Datin pjg umur sihat sentiasa.. “
Benar lah apa yang dikatakan oleh Datin Alyah, segala yang kita dapat berikan kepada ibu kita, tidak mungkin dapat membalas jasa mereka membesarkan kita. Kasih ibu membawa ke syurga. Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu, hargai lah mereka. Semoga segala usaha Datin Alyah untuk membina rumah untuk ibunya akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81, TikTok alyah81official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti3 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen


