Connect with us

Artis / Selebriti

” Dengar pun dah nak nangis. Terbayang beratnya Kamal nak lafaz masa dekat mahkamah hari tu.. ” – Komen Netizen

Kongsi sedutan dialog dalam filem Munajat Cinta, emosi warganet tersentuh mendengar suara Kamal Adli. Beratnya rasa melepaskan insan tersayang dan robohnya rumahtangga yang dipertahankan. Kena sangat dengan kisah Kamal, touching sangat.. 

Kamal Adli baru sahaja memegang gelaran duda setelah rumahtangganya bersama Uqasha Senrose tidak mampu diselamatkan lagi. Ianya satu tamparan yang hebat untuk Kamal. Hidupnya terasa kosong kerana kehilangan insan yang disayangi, namun hidup perlu diteruskan demi kelangsungan hidup.

Pada waktu ini, Kamal sedang giat dengan penggambaran filem bertemakan ketenteraan. Fizikal Kamal juga kelihatan berubah dan semakin susut berat badannya. Sudah tertulis rezeki Kamal, banyak tawaran yang diterima, antaranya menjadi duta produk.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Kamal Adli, telah dikongsikan satu sedutan dialog untuk filem lakonan Kamal yang bakal ditayangkan kepada umum nanti. Filem Munajat Kekasih arahan Osman Ali ini turut menampilkan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai bintang utama.

Mendengar dialog yang dimuatnaik ini membuatkan hati warganet tersentuh. Moment seorang suami terpaksa melafazkan cerai terhadap isteri tercinta merobek hati yang mendengar. Situasi yang sama seperti apa yang Kamal lalui dan emosinya sampai ke hati warganet.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Baru dengar pun dah nak nangis . Salah satu sbb minat kamal dlm lakonan sbb skrip yg dilontar tu jelas dan menusuk ke jiwa.. tak sabar jom support filem ni nnt munajat kekasih .. all the best lofthi.. “

” Sokay kamal sy dr broken family juga brbaik sbgai ibu dn ayh klau kita dah usaha jd terbaik tp xde pn org hrgai move on . Maafkan diri maafkan smua supaya hti kita tenang . Xmudah tapi slagi sembuh libatkan Allah hidup kita akan lebih baik lebih bahagia . Jd ayh yg trbaik.. “

” Allah sayang abang.. kejar cinta Allah lebih dari manusia… percayala… abang akan rse nikmatnya cinta Allah lebih dari segala galanya… saya bgtau sebb saya dah lepasi ujian cinta yg dalam kepada manusia… sekrg saya percaya suatu hari Allah bagi berita yg sangat indah lepas ujian yg berat dan sampai rse nak mati sebab cinta ni.. “

” Walau utk drama. Tapi kebetulan relate dgn real life Kamal. Sedih. Moga Kamal terus berjaya, kuat & dimurahkan rezeki yg baik2.. “

” Terima kasih bro sbb dah tunjukkan contoh terbaik untuk lelaki handle isu cerai. Terima kasih untuk tunjuk effort seorang suami yang ingin selamatkan masjid yang dibina dan menjaga aib keluarga. Inshaallah ada perancangan terbaik Allah susun.. “

” Walaupun drama tapi dapat rasakan dari suara Kamal you really mean each word you said. Bertabahlah. Kita ada ALLAH dan Dia tahu semuanya.. Real life cmni, blakon pun dpt jln cerita or nasib yg sama.. “

” Ni drama ke reality oii.. dah aku terbayang beratnya kamal nk lafaz masa dekat mahkamah aritu. dengar yang ni pun dah rasa berat dan sedihnya tu.. “

Lontaran dialog yang cukup menusuk ke hati pendengar, apatah lagi ianya saling tak tumpah dengan apa yang Kamal lalui sekarang. Semoga Kamal terus berjaya dalam bidang lakonan, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan menemui bahagia yang Kamal impikan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kamal Adli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak