Connect with us

Artis / Selebriti

” Dengar ayah nak datang terus auto lari balik, lawak lah Zaki. Haha.. ” – Komen Netizen

Video Zaki Yamani bercerita mengenai video viral meniru Dato’ Jamal Abdillah menyanyi buat ramai terhibur. Bila AG prank cakap Dato’ Jamal nak datang konti, terus cuak Zaki dibuatnya. Part permohonan maaf tu paling kelakar. Nakal sungguh, haha..

Video Zaki Yamani meniru babanya, Dato’ Jamal Abdillah menyanyi tular di media sosial. Video ini juga mendapat perhatian daripada pihak media dan ramai yang repost video Zaki dan anak Dato’ Awie, Ahmad Merrah. Pihak stesen radio Hot FM juga tidak ketinggalan dan menjemput Zaki ke konti.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana di konti Hot FM ketika menemubual Zaki. Rupa-rupanya Zaki dilanda kerisauan selepas video tersebut viral dan dia sendiri takut ingin berjumpa dengan babanya itu.

Kata Zaki, takut dan menyesal bermain di fikirannya, namun semua itu terjadi tanpa disengajakan. Niat Zaki hanya untuk bergurau sahaja. Ketika ditanyakan adakah Zaki pernah meniru babanya itu secara berdepan, Zaki menjawab ya dan ianya terjadi ketika mereka sama-sama menjayakan satu show di Johor.

Karakter Zaki yang happy go lucky itu memeriahkan suasana konti. AG pula cuba prank Zaki dengan memberitahu Dato’ Jamal akan hadir ke konti untuk bersama-sama Zaki. Apa lagi, terus Zaki meminta diri untuk pulang. Kesempatan ke udara di Hot FM juga digunakan oleh Zaki untuk memohon maaf kepada babanya.

Jom tonton video di bawah :

 

 

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Hahah adoi nakal sungguh Zaki ni.. tahu takut zaki bila dah viral haha.. member sampai nak lari balik eh takut jumpa baba.. “

” Entahlah, nak saman pun anak sendiri haha.. dia ni anak kedua kan, tak pelik perangai nakal camtu.. suka mengusik.. “

” Mentang-mentang ko dh besar, berani ko ekk… nnti ayah ko ngadu kt makcik Azura ko baru ko tahu kena bebel.. “

” Lawak lah Zaki, nakal sungguh. Bapak dengan anak sama sama kelakar eh.. Actually ni tanda hubungan ayah & anak tu healthy bila boleh bergurau terang2 macam ni.. “

” Dia betul betul risau kalau bapaknya marah ye. tapi depan depan pun dia penah ajuk, zaki memang lucu. Dato’ Jamal pun dah masak dengan perangai anak teruna dia ni.. “

” Haa jenuh, tahu takut nak jumpa baba.. Best leh anak legend nie, dia tak covel cute, dia tunjuk perangai sebenar, rebel pun ada.. “

” Dengar ayah nak datang terus auto lari balik haha.. zaki ni lawakkk budknya tngok live d x larat nk gelakk haha.. suka betul dia ajuk ‘ malam ini ‘, tak tinggal haha.. “

Walaupun Zaki sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun sempat juga Zaki mengajuk babanya di hujung ayat. Anak bertuah Dato’ Jamal yang selalu ceria. Semoga Zaki gembira selalu dan menjadi anak yang baik untuk baba.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Bag Capybara

Trending

Copyright © Berita Kopak