Connect with us

Artis / Selebriti

” Dengan saham dia dah tengah tinggi ni ustazah. Dugaan besar yer, haha.. ” – Erra Fazira

Video Ezwan Zain meminta tips kebahagiaan rumahtangga daripada Ustazah Nazirah, namun usikan Erra Fazira buat ramai terhibur. Alahai, baru Mr E nak minta tips, terus kena setempek dengan Erra, haha..

Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pelakon dan penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira bersama suaminya, Ezwan Zain pasti mengetahui bahawa mereka kini mengendalikan sebuah rancangan bual bicara sendiri bertajuk KasiOnz. Menerusi rancangan tersebut, pelbagai topik menarik dibincangkan termasuk isu rumahtangga dan kehidupan seharian bersama tetamu jemputan.

Baru-baru ini, Ustazah Nazirah telah dijemput sebagai tetamu khas. Dalam sesi tersebut, Ezwan dilihat meminta tips kebahagiaan rumah tangga daripada Ustazah Nazirah hingga mencetuskan perbincangan yang bermanfaat dan penuh pengisian.

Namun, suasana menjadi lebih santai apabila Erra sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa “saham” Ezwan kini sudah naik dan dugaan juga semakin besar, sebab itu dia memerlukan lebih banyak tips. Usikan spontan itu membuatkan Ustazah Nazirah dan Ezwan sendiri ketawa.

Perkongsian sedutan video tersebut yang dimuatnaik di TikTok telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat kemesraan pasangan ini yang dilihat selesa bergurau antara satu sama lain. Sehingga kini, video itu telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Tonton video di bawah ini :

@amyapit

Moment paling tenang bila ustazah bagi tips kebahagiaan rumah tangga pada Ezwan Zain dan Erra Fazira. Katanya, kalau nak bahagia dan hati tenang, banyakkan amalan. Mulakan dengan solat tahajud — kalau biasa buat 2 rakaat, cuba naikkan ke 4 atau 8. InsyaAllah, Allah lapangkan hati dan lembutkan hubungan suami isteri. Jangan lupa juga solat taubat… mana tahu ada dosa lama yang jadi penghalang ketenangan. Bila hubungan dengan Allah dijaga, hubungan sesama pasangan pun jadi lebih indah. Rumah tangga bukan sekadar usaha manusia, tapi perlukan keberkatan dari-Nya. ❤️ #errafazira #ezwanzain #kasionzz #rumahtangga #tipsbahagia follow saya gaiss 🙏🏻

♬ original sound – Misha KTR Garage – Misha KTR Garage

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Mr E nie bgus .. Dia suka tnya, mnta nsiht, mnta tips.. Nmpk sgt Mr E nie begitu besungguh nak jga rumh tngga.. “

” Nampak sangat2 Mr. E ingin menjaga kebahagian rumahtanga beliau dengan Erra… Sayang sangat2 Mr. E pd Erra. Smoga kalian kekal bahagia hingga ke jannah. Aamiin.. “

” Alhamdulillah…. Suka dengar Ustazah ni bagi pencerahan.. Semoga mereka bahagia.. Selamanya. till Jannah.. Aaminn yaa Robbal aalamin.. “

” Suka sgt tngok kelembutan sifat Mr.E, untungnya Erra dpat suami mcm Mr.E nii. didoakn kalian br 2 bahagia kekal di Dunia dn akhirat…. Aamiin.. “

” Ustazah Nazirah thee best dgn nasihat2nya, tksih bnyk ustazah dn tksih jgk pd Erra suamisteri…. Aamiin moga chanel kasiOnzzzz nii sntiasa mndpt Rahmat dn Redho Allah… “

” Alhamdulillah. terima kasih Ustazah atas tips bahagianya… Betul la orang tua2 kata, “kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai”. Semoga erra dan ezwan dikurniakan keluarga yang sakinah ,mawaddah dan arrahmah” dan bahagia till jannah.. “

” MasyaAllah Tabarakallah Alhammdulillah. Amat bersyukur dpt mndgr nasihat ustazah ni. Sedap hati mndgr.. “

Dalam masa yang sama, warganet turut memuji penyampaian nasihat oleh Ustazah Nazirah yang disifatkan penuh hikmah dan mudah difahami. Tidak kurang juga yang mendoakan agar rumahtangga Erra dan Ezwan terus kekal bahagia dan diberkati.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok amyapit, IG ezwanzain

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

The Originote Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak