Artis / Selebriti
” Dekah tengok Post Mortem semalam, sakit perut gelak. Kelakar Amayan ni.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Ammar Ahyan yang mengantuk ketika mengacara program Post Mortem Talk To My Manager bersama ayahnya penonton berdekah gelak. Adoi lah Amayan, selamba je menguap dan menggeliat macam tu. Dah macam tengah duduk lepak dekat rumah je, haha..
Rancangan Post Mortem Talk To My Manager yang dipengacarakan oleh Dato’ Aliff Syukri dan anaknya, Ammar Ahyan antara yang dinanti-nantikan oleh peminat siri TV ini. Ammar cukup popular di platform Tiktok kerana gelagat spontannya setiap kali live bersama Dato’ Aliff.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok 19fan91, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ammar dan Dato’ Aliff menemubual manager. Minggu ini berbeza kerana mereka menemubual manager yang berada di kedudukan teratas. Sebelum ini yang berada di kedudukan 3 ke bawah yang akan muncul di Post Mortem.
Sharifah Shahirah dan Siti Sairah antara top 3 pada minggu ini. Ammar memulakan soalan dengan membaca ayat yang tertera di prompter. Ammar yang suka berbahasa baku ini mencuit hati penonton. Ditambah pula dengan perangai Sharifah Shahirah yang suka menyakat, lagi bertambah kelakar jadinya.
Dek kerana mengantuk, dengan selambanya Ammar menggeliat dan menguap. Terhibur warganet menonton telatah Ammar itu. Dato’ Aliff juga menegur Ammar dan hanya dibalas dengan senyuman dan ketawa oleh Ammar. Seronok betul penonton melihat Ammar menjadi pengacara.
Jom tonton video di bawah :
@19fan91 Berdekah post-mortem TALK TO MY MANAGER hosted by @Aliff Syukri Kamarzaman & @Ammar Ahyan TAHNIAH MANAGER & ARTIST @sitinursairahtarudin_new & @AMAD🌟 JUARA WEEK 4 INI🥳🥳👏🏻👏🏻@Astro Malaysia @sooka malaysia @Gempak @umairahofficial_ @_Aisy66 @🐉EpulPantera〽️🐉 @AISY🌟 @✨Dᴀɴɪ Nᴜꜰᴀᴇʟ🕊️✨ @SN LEGACY SDN BHD @Amadzon Official @Rozisangdewi @cteafairuz @Epie Temerloh @Nik MiEy #postmorterm #talktomymanager #amadxsitisaerah #datoaliffsyukrixamayan #fyp
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Minggu depan manager nak tonjolkan vocal Amad. Masalahnya vocal Amad dah padu. Nyanyi pulak lagu Judika lagi la padu.. Amayan ni lau jadi mc.. elok2 rancangan tu 2 jam boleh jadi 10 minit je.. jenis betul2 nk cepat habis balik tidur.. “
” Amayan siap menguappp adoiiiii.. Paling last .. tak sengaja pegang belakang abah haha. random betul lah amayan ni.. berdekah aku ketawa dengar Amayan cakap.. “
” Kelakar lah dato dengan amayan ni.. abahnya sakit pinggang adoi hahaha.. Abah nak famous kejap Abah duduk balik.. “
” Dekah gila Post Mortem semalam.. Random Amayan ni, gelak sakit perut aku.. memang kelakar lah haha.. Time diorang borak tu, Amayan what ever haha.. “
” Weyy lawak lah dua beranak ni.. Amayan kalau ko menguap depan bos kak, ko kena marah taw… Sebab kak live ternguap kena marah.. “
” Kelakar laaa kalau pengacara macam ni.. Adoi Amayan ni kelakar spontan haha.. suka tengok amayan, kelakar dia semulajadi.. itu Amayan ke AI yang bertanya haha.. “
” Amayan ni lawak lahhh… memang cara dia cenggitu, sempoi jeee ape dia buat dan cakap, tu lah diri dia sebenar.. Tak cover-cover dia punya menguap, siap naik tangan.. “
” Malam tadi aku gelak sorg2 aq jarang nk tggu smpai jam 12 stgah mlm lama mcm tu tpi sbb dua ekor ni dekah aq smlm.. “
Ammar dan perangai randomnya berpisah tiada, memang sempoi Ammar menguap seperti itu. Ammar betul betul menjadi dirinya sendiri dan tidak berpura pura di hadapan orang ramai. Berdekah penonton dengan kelakuan Ammar itu. Semoga Ammar berjaya dunia dan akhirat dan teruskan berbudi bahasa seperti ini sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok 19fan91
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen