Artis / Selebriti
” Deep kata-kata Saiful Apek, menusuk kalbu.. ” – Netizen

Video Saiful Apek Memberikan Sedikit Kata-Kata Selepas Pengebumian Allahyarham Hamdan Senario Buat Ramai Sebak. Penuh Bermakna Setiap Kata-Kata Yang Keluar Daripada Mulut Apek !!
Semalam, industri seni tanah air dikejotkan dengan khabar pemergian Hamdan Senario. Jenazah Allahyarham Hamdan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun kira-kira 11.50 malam selepas disolatkan kira-kira 500 jemaah di Masjid Abu Ubaidah, di Taman Perpaduan, Tambun.
Semasa pengebumian, wajah sayu dan sedih anggota Senario, Azlee Jaafar, Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek dan Ilya Buang yang hadir bagi mengiringi perjalanan akhir sahabatnya ke persemadian abadi. Turut kelihatan hadir juga adalah Rahim Sepahtu.
Meninjau di akaun Instagram Radio Suria telah dikongsikan satu video yang memaparkan Saiful Apek memberikan sedikit kata-kata selepas selesai pengebumian Allayarham Hamdan. Saiful memohon kepada para yang hadir agar berterusan menjaga ukhwah.
Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan setiap kata-kata yang diucapkan oleh Apek itu begitu menusuk kalbu dan sebak melihat raut wajahnya. Sehingga kini, video itu menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya memberikan ucapan takziah atas pemergian Hamdan. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Deep kata-kata Saiful Apek, menusuk kalbu.. Terbaik lah Saiful Apek, salam takziah untuk keluarga arwah abang Hamdan.. “
” Abang Saiful Apek sangat humble dan baik berkata-kata.. Betul apa yang dikatakan abang, semoga kita semua menjaga ukhwah sesama kita.. “
” Sahabat dunia akhirat kumpulan Senario.. Al fatihah.. Indah pemergian Hamdan, meninggal pada penghulu setiap hari.. “
” Abang Saiful ni slalu kalau dia keluarkan ayat, memang deep ar, tapi facts.. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah Abang Hamdan.. “
” Susah nak tengok Apek serius macm ni.. Nampak dia sedih sangat atas kehilangan sahabat sejatinya.. Semoga arwah Hamdan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.. “
” Bila pelawak menangis, aku rasa lebih tersentuh.. Apek terbaik bila menyusun kata2.. Pertama kali lihat apek tanpa cermin mata hitam.. “
” Kata2 Saiful Apek buat saya mengalir air mata.. Mendalam sangat maksud yang tersirat setiap bicaranya.. Semoga arwah tenang di alam sana.. “
Untuk sekadar info, sebelum ini Hamdan telah ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor sejak Ahad lalu kerana jangk1tan kum4n selepas mengalami cir1t bir1t dan ses4k nafas. Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru. Al-Fatihah untuk Hamdan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia, hamdansenario_, TikTok yassinsenario
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen