Artis / Selebriti
” Dear daughter, I miss you.. ” – Fattah Amin
Luah rindu terhadap anaknya Nur Fatima Aisya, perkongsian Fattah Amin di Insta Story miliknya buat warganet sebak. Sedihnya baca ayat-ayat Fattah..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Nur Fatima Aisya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fatima sedang bermain bubble di sebuah kawasan. Fatima yang mengenakan baju Lehenga kelihatan begitu comel dan ceria sekali bermain permainan tersebut.
Pada ruangan kapsyennya tertulis ‘ Happiness in my Lehenga dress ‘. Perkongsian tersebut telah pun meraih perhatian ramai warganet yang sememangnya ternanti-nantikan perkembangan terbaru Fatima. Video itu juga mendapat perhatian daddy Fatima, Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di Instagram thekhayalan869, telah dikongsikan satu video yang diambil dari Insta Story akaun Instagram Fattah. Fattah menulis sesuatu pada paparan video tersebut. Kerinduan Fattah terhadap Fattah dizahirkan menerusi penulisannya itu. Dari ayat Fattah, semua memahami Fattah terlalu rindukan Fatima.

Walaupun Fatima jauh di mata tetapi sentiasa ada dalam hati Fattah. Pastinya ia sesuatu yang sukar dan berat untuk Fattah hadapi terpaksa berpisah dengan Fatima. Hak penjagaan Fatima diberikan kepada Fazura sepertimana yang telah dipersetujui di hadapan hakim sebelum bercerai, manakala Fattah mendapat kebenaran untuk bermalam dengan Fatima.
Jom tonton video di bawah :
Kapsyen Fattah untuk Fatima yang diletakkan di Instastory miliknya :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Daddy misses his baby girl.. doa agar dipermudahkan semua urusan Fattah dan Fatimah moga bahagia dunia dan akhirat.. “
” Fatima miss you too daddy.. Sedihnya tak dapat bayangkan perasaan Fattah tu.. “
Semuanya sudah tertulis dan Fattah pernah mengatakan sebelum ini, fokusnya sekarang hanya untuk berkerja mencari rezeki dan Fatima. Sehari tidak bertemu anak pun sudah tidak senang duduk, apatah lagi jika berhari-hari. Fattah perlu menunggu gilirannya untuk dibenarkan mengambil Fatima.

Apa jua rintangan yang mendatang, ramai yang masih setia menyokong Fattah dan Fatima. Semoga Fattah akan selalu kuat demi Fatima. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya yang tidak dapat dilihat sekarang tetapi suatu hari pasti ada sinar bahagia untuk Fattah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurfatimaisya, IG thekhayalan869, IG Fattah Amin, IG Fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

