Artis / Selebriti
” Datin kalau cerita memang kelakar, cerita membawa watak, haha.. ” – Komen Netizen

Video Datin Shahida Dherbs bercerita kenangan ketika Bibik Tudung mula bekerja di kediamannya buat ramai terhibur. Adui bibik, memang menguji kesabaran Datin betul. Mengekek gelak part Bibik naik escalator tu, kelakar Datin ajuk bibik, hehe..
Datin Shahida sememangnya seorang majikan yang baik dan mesra dengan semua pembantunya lebih-lebih lagi Bibik Tudung. Bibik tudung adalah pembantu kesayangan anak-anak Datin Shahida dan sudah berbelas tahun berkhidmat untuk Datin Shahida sekeluarga.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kedai_dherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Shahida membuat live bersama Bibik Tudung. Datin Shahida diajukan soalan mengenai kronologi bagaimana bermulanya Bibik Tudung bekerja di bawah Datin Shahida.
Datin Shahida memberitahu Bibik Tudung langsung tidak boleh membaca dan seawal hari pertama bekerja lagi sudah menguji kesabaran Datin Shahida. Mahu menekan suis lampu sahaja Bibik Tudung tidak tahu, apatah lagi menggunakan barangan elektrik di dapur.
Kenangan paling kelakar adalah Bibik Tudung takut hendak menaiki escalator. Ketawa besar warganet melihat reaksi Datin Shahida mengajuk cara Bibik Tudung melangkah untuk menaiki escalator. Sampai beratur panjang orang di belakang gara-gara ketakutan Bibik Tudung itu.
Jom tonton video di bawah :
@kedai_dherbs Mula mula memang menguji kesabaran mama. Lama lama Alhamdulillah serasi anak anak mama papa laris pun sayang bik tudung #aliffsyukriterlajaklaris #shahidadherbs #fyp #CapCut
Sehingga kini perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Datin kalau cerita memang kelakar, cerita membawa watak haha.. leka dgr. Kita pun terasa termasuk sama dlm cerita tu.. “
” Kelakar la bibik tudung. nasib baik la dapat majikan baik dan sabar.. salute sama bibik tudung ni walo dio tak tahu baca tulis yapi Allah telah merubah nasibnya setelah bertemu datuk & datin.. “
” Bibik ni yang orangnya sangat baik dan sangat jujur.. sebab tu datuk datin sayangkan dia.. dapat maid yang baik juga rezeki.. “
” Lawak lah datin, haha.. datin punya tahap kesabaran mmg power.. mana nak handle dato, nak handle bibik lg hahahaha.. datin kalau cerita sakit perut gelak.. “
” Ya ampun. Dari kampung, sampai ke kota, langsung belajar kehidupan moderen di Malaisya. Bersyukur bibik mendapat majikan yang baik.. “
” Kronologi dia… Berkat sabar datin Allah hadirkan bibik dari 0 ke hero… Syabas kerana sifat sabar dan mengajar datin dan syabas untuk sifat bibik yg setiasa dan ikhlas bekerja keraba Allah.. “
” Sakit perut gelak bikk, tp berani bbik dtang sini ye , sekarang dah pandai ke naik eskalator.. lawak teruk ni.. datin punya gaya bercerita dan ajuk bibik tu terbahak kita ketawa.. “
Kelakar kenangan Datin Shahida bersama Bibik Tudung itu, sampai bila-bila pun akan menjadi kenangan indah mereka bersama. Beruntung Bibik Tudung mendapat majikan yang penyabar seperti Datin Shahida. Hasil kesabaran Datin Shahida, Bibik Tudung sudah pandai dan banyak belajar.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kedai Dherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahun lepas, setelah abang Fattah ni single kan, kita belum start dah blushing.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gedik-gedik dia menari tu menjadi, sebijik gedik Sarah. Tak semput suara, syok tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Abang yang tengah taip ni ke.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza