Artis / Selebriti
” Dari tadi saya dengar suara dia, air mata ini meleleh je.. ” – Misha Omar
Video Misha Omar memberikan respon selepas menonton video Ammar Ahyan menyanyi lagunya bertajuk Break. Part Ammar terkejut bila tahu tengah bercakap dengan Misha di talian tu kelakar. Seronok Ammar dapat menyanyi dengan Puan Misha..
Semalam tular video anak sulung jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan menyanyi sebuah lagu kesukaannya yang bertajuk Break. Lagu ini adalah lagu asal nyanyian Misha Omar dan merupakan OST drama Mandul Bukan Pilihan.
Meninjau di akaun Instagra milik radio Era, telah dikongsikan video nyanyian Ammar tersebut ketika majlis yang diadakan di kediaman rumahnya baru-baru ini. Kelihatan Ammar menyanyi dengan penuh penghayatan sambil melihat lirik lagu itu di paparan telefon bimbitnya.
Perkongsian video itu turut mendapat respon daripada Misha Omar sendiri. Misha meninggalkan komen dengan mengatakan dia sangat berbangga apabila ada anak muda menyukai lagu nyanyiannya. Manakala video kedua pula memaparkan, Geng 3 Pagi Era menelefon Ammar berhubung perkara ini.

Apa yang menarik adalah rupa-rupanya Misha juga ada di talian pada ketika itu. Kedengaran suara Ammar terkejut apabila mengetahui dirinya sedang bercakap dengan pemilik lagu itu, Misha. Perkongsian dua video tersebut telah menarik perhatian ramai.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
Komen Misha :


Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kak mitchh, sy takk amik masa yg lama, cukup la masa launch aritu sehari dua dgr dah bole hafal lirik tangkapp lentokk abehh lagu Break ni. Skang pn gi blik keje mst dlm playlist. Hehe.. Masterpiece.. “
” Sebab Amaryan, sy minat lagu Break ni.. Free marketing la Ammar Ahyan femes lagu kak mitch.. Nanti pls duet real dgn kak mitch.. “
” Same Amayan, same. My current most fave song. Sampai kita nyanyi pun terfeeling sama dengan kak mitch.. Lagu tu best… Palih syahduuu.. “
” Ammaryan kene pegi konsert kak Mitch bulan November ni tau… Kite dah beli tiket.. Jom sama2 kita joinn ok Ammar, hehe.. “
” Wehhh jarang tau budak generasi baru suka Misha Omar… Ammar ni betul2 rare lah.. Jarang ditemui spesis macam ni, hehe.. “
” Adoii semalam fyp YB syed saddiq menyanyi nasib sedap jugak dari dato Alif hahaha.. Harini amayan pulak.. Penuh emosi betul amayan nyanyi lagu Misha Omar.. “
” Ammayan confident macam abah dia.. Dah tak perlu test DNA lagii.. Tapi kenapa yer budak seusia dia suka lagi ni.. Tertanya2 jg.. “
Jelas kedengaran suara Misha agak sebak dan bangga mendengar nyanyian Ammar menyanyi lagunya. Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama Misha juga mengatakan Ammar seperti anak sulungnya kerana kedua-dua mereka mempunyai perwatakan malu-malu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, mishaomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti5 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia campur 4 buah lagu sekaligus. Sekali lagu Senario pun ada, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen


