Artis / Selebriti
” Dah nampak penyambung Ernie Zakri and Aina Abdul. Angan-angan mau tinggi, haha.. ” -Pak Azad
Video Anak Kedua Pak Azad, Ameisya Leanne Rose Menyanyikan Lagu Cupid Raih Perhatian Warganet. Boleh Tahan Suara Ameisya Menyanyi, Sedap Juga !!
Sebelum ini anak kedua kepada pasangan pelakon, Eira Syazira dan Azad Jasmin (Pak Azad), Ameisya Leanne Rose sering mendapat perhatian warganet. Rupa parasnya yang cantik menjadi buah mulut ramai kerana dikatakan mirip seperti pelakon Bollywood iaitu Kajol.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Pak Azad telah berkongsi video Ameisya menyanyi. Menerusi video itu, pada awalnya kedengaran Pak Azad telah bertanya kepada Ameisya tajuk lagu yang ingin Ameisya nyanyi.
Ameisya telah mengatakan yang dirinya akan menyanyikan lagu bertajuk Cupid yang sedang menjadi trending sekarang. Seloroh Pak Azad pada penulisannya di ruangan kapsyen, Ameisya bakal menyambung bakat nyanyian penyanyi Ernie Zakri dan Aina Abdul.

Sehingga kini, perkongsian video Ameisya telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alaha sedap suara Ameisya walaupun Ameisya menyanyi dalam keadaan bersahaja, memang terbaik lah.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada peminat memuji suara Ameisya dan kecomelannya. Antara komen tersebut adalah :
” Amisha, aunty ikut sama nyayi laaa, comel yer pegang mic tuu.. Sedap suara Ameisya.. Boleh join mummy n daddy nyanyi nanti.. “
” Cute and talented.. Bagus suaranya.. C0py paste Pak Azad .. Alahhhhhh .. “
M4lu-m4lu Ameisya apabila daddy cakap nak rekod dia tengah menyanyi. Comel betul anak Pak Azad ni, patut lah ramai yang suka melihat wajahnya. Selain Ameisya, kakaknya Amarra Sofea Rose juga turut mempunyai hobi yang sama suka menyanyi.

Kata Pak Azad, angan-angan mahu tinggi. Tak salah pun kalau berangan, mana tahu suatu hari nanti akan menjadi kenyataan. Nampak Ameisya ada bakat dalam bidang nyanyian. Jika ketengahkan bakatnya, tak mustahil suatu hari nanti Ameisya akan menjadi penyanyi yang berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG azadsyaziraroses
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak, sekarang ni bagi kad ape tu ? Banyak kali repeat YB part last tu.. ” – Komen Netizen

