Artis / Selebriti
” Dah macam tengah sidai baju je Fahrin, haha.. ” – Netizen
Video Fahrin Ahmad Disuruh Menebar Roti Canai Buat Ramai Terhibur. Selalu Fahrin Bul1 Orang, Hari Ni Dia Pula Yang Kena. Habis Luny4i Roti Tu Dikerjakan. Dah Macam Roti Kirai Pun Ada. Mula-Mula Nampak Macam Pro, Last-Last Lain Jadinya. Haha !!
Umum mengetahui pelakon Fahrin Ahmas merupakan satu-satunya pengacara lelaki dalam rancangan Wanita Hari Ini. Sudah beberapa tahun Fahrin Ahmad telah menggalas tugas itu dan Fahrin nampaknya sangat serasi bersama rakan-rakan tugas wanita yang lain.
Kalau mengikuti rancangan tersebut secara live, Fahrin juga seorang yang suka menyakat rakan-rakannya seperti Uyaina Arshad dan Fiza Sabjahan sehinggakan membuatkan yang menonton terhibur melihat telatah mereka.
Terbaru meninjau di akaun Instagram WHI, telah berkongsi satu video yang memaparkan Fahrin sedang menebar roti canai. Video yang telah diulangsiar menerusi akaun TikT0k WHI itu menarik perhatian warganet.

Telatah Fahrin yang tidak pandai menebar roti canai sangat mencuit hati. Sempat Fahrin berkata yang dirinya tidak tahu hari tersebut akan disuruh menebar roti canai. Sehingga kini, video ini telah dihuj4ni dengan pelbagai komen yang mencuit hati daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun TikT0k
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dan memberikan pelbagai respon setelah menonton cara Fahrin menebar roti canai. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah macam tengah sidai baju je Fahrin, haha.. Kan dah mendapat, selalu sangat kenakan orang kan, hahaha.. “
” Lawak betul lah Fahrin oii, apa yang kau buat tu, sekali tengok macam tengah lipat baju pun ada, hahahhaa.. “
” Sempoi WHI, byk share video kelakar terhibur kami tengok tau. Cuba lagi nanti Fahrin, haha tak jadi roti canainya..”
” Apa yang kau buat labu, hahaha kena tengok cerita Senario lah Fahrin.. Tgk cara Wahid tebar baju dalam toilet, hahaha.. “
” Adoii lawak betul, terus jadi roti kirai. Muka tu dah nak nang1s, ahahaa berdekah kawan2 tengok cara dia tebar.. “
” Mula2 nampak macam pro, adoii last2 jadinya lain. Hahaha berjemaah bul1 Fahrin hari ni yer, pecah peluh dia.. “
” Kikiki semalam tengok memang kelakar, lagi2 part Fiza sembunyi makan, hahaha berdekah aku ketawa.. “
Selalunya Fahrin yang suka menyakat orang, kali ini dia pula yang kena. Kelakar sungguh reaksi muka Fahrin apabila tak tahu tebar roti canai. Apa-apa pun semoga Fahrin terus maju jaya dalam bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG whitv3, fahrinahmad_fa, TikTok @whitv3malaysia_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

