Artis / Selebriti
” Dah lama tunggu turn nak komen eh Janna. Kelakar weh, pedas dia bagi, haha.. ” – Komen Netizen
Video Janna Nick duduk di kerusi juri ketika Mas Idayu menyanyikan lagu barunya buat ramai terhibur. Adui Janna, reaksi muka tu lain macam betul. Macam dah lama pendam je, berani yer Janna bagi komen kat Mummy macam tu, haha..
Semalam telah berlangsungnya final Famili Duo musim ke 4. Persembahan 3 duo yang berjaya ke peringkat final ini sangat memukau penonton dan masing-masing memperlihatkan kreativiti mereka untuk menawan hati juri dan penonton baik di dewan mahu pun di rumah.
Selain persembahan peserta, Famili Duo jua menampilkan persembahan khas daripada jurinya, Mas Idayu. Menyanyikan lagu terbarunya ciptaan komposer terkenal Ajai berjudul Harum Mekar Di Hati. Menerusi perkongsian di akaun Instagram TV3 Malaysia dan F8Buzz, telah dikongsikan video persembahan Mas Idayu itu.
Apa yang mencuit hati adalah reaksi Janna yang duduk di kerusi juri dan membuat pelbagai reaksi wajah sepanjang Mas Idayu menyanyi di pentas. Ekspresi wajah Janna itu menggeletek hati warganet. Kata mereka, Janna mewakili semua netizen.

Janna begitu in character, nama pun pelakon memang mencuit hati melihat riak muka Janna. Tidak hanya itu, Janna juga memberikan komennya terhadap Mas Idayu sesudah selesai persembahan. Redha sungguh muka Mas Idayu dan dilayankan sahaja perangai masuk air Janna itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Janna dah mewakili netizen tu haha.. Saya group janna.. Trima kasih janna kerana wakili kami hahaha.. “
” Biasa je nyah haha.. berani erk ko janna.. adui letih aku ketawa tengok muka Janna tu.. memang kaw-kaw dia kenakan mummy.. “
” Walaupun miming.. Tp lagu dia catchy.. Sedap utk di dengar lah weh. Geram aku dengar janna punya gelak tu.. lama betul pendam gayanya ni haha.. “
” Ingtkan janna nak cakap “biase je nyah” tadi haha.. Janna kau ni pun.. muka tu memang tak leh buat lagi comel ke haha.. “
” Lawak Janna, kemain eh. Dah lama tunggu turn nak komen eh Janna.. adui pepagi aku dah berdekah ketawa tengok video ni.. “
” Haha betul betul la Janna ni.. kelakar weh, pedas dia bagi.. ambik kau haha.. mimik muka Janna tu aku tak boleh tahan betul.. “
” Weh dah boleh tukar juri dah .. Janna kau memang in character betul.. ketawa puas hati betul gayanya tu.. “
Gelagat Janna menghiburkan semua penonton yang hadir dan juga di rumah. Boleh tahan sedap juga lagu baru Mas Idayu ini, catchy dan membuatkan orang tertarik untuk mendengarnya. Mentang-mentang sudah last episod, berani sungguh Janna menyakat mummy macam tu. Nasib tak berapi Mas Idayu dengan gelagat Janna, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia, IG F8Buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


