Artis / Selebriti
” Dah kahwin, belajar ? Bagi no telefon, cucu makcik.. ” – Makcik
Video Fasha Sandha sedang mempromosikan kedai makan sepupunya di Perak, namun ada seorang makcik tiba-tiba nak jodohkan dengan cucunya, siap minta nombor telefon Fasha. Alamak, makcik tak kenal ke tu artis popular, hehe..
Pelakon jelita, Fasha Sandha telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video mempromosikan kedai makan milik sepupunya yang terletak di Perak. Fasha mengajak orang ramai untuk datang mencuba menu-menu yang ada di kedai makan tersebut.
Namun yang lebih mencuit hati ramai ialah gelagat seorang makcik yang tiba-tiba berkenan akan Fasha dan ingin menjodohkan Fasha dengan cucunya. Lucunya, Fasha berseloroh menyatakan yang dirinya berusia 18 tahun dan belum berkahwin.
Mendengarkan perkara tersebut, makcik tersebut segera meminta nombor telefon Fasha. Namun Fasha menyatakan yang dirinya single tapi tak available. Nampaknya makcik tersebut tidak tahu yang dirinya sedang bercakap dengan artis popular, Fasha Sandha.

Fasha memang dikenali sebagai seorang selebriti yang ‘down to earth’ dan tidak kekok bergaul dengan sesiapa sahaja. Video tersebut bukan sahaja membantu mempromosikan perniagaan keluarganya, tetapi juga menunjukkan betapa mesranya Fasha dengan sesiapa sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Boleh ke klu dh kawin tp cakap belum kawin… Tanya je.. baru nak masuk universiti makcikkk tak boleh bercinta lg… masuk air lah girl hahaha.. “
” Macamanalaa hati makcik tu X cair dengan Fasha ni.. Tersangatlah lemah lembut tutur katanya, suaranya, gayanya.. Penuh adab & sopan, ceria.. Kita yg tengok ni pun caaaiirr noookkk .. “
” Menangis cucu makcik kat tepi bucu bila dpt tau nenek dia nk kenen dgn FS. makcik jgn pcaya mcik,dia sbenarnya 15tahun.. “
” Comel laa pakcik explain Bab single not available tuu.. Makcik ni x layan drama melayu agaknya. makcik dh viral.ank cucu makcik bg tahu kt makcik yg tu Fasha Sandha .. “
” Dahlah cantik berbudi bahasa mana orang tua tak berkenan menengoknya. Tak baik taww gula2 kan makcik nii.. makcik tu fasha sandha.. nangis cucu nya.. “
” Cute la mak cik pak cik mak cik nk kenenkn,tya dh kwen blm…sb org tua2 ni dorg blh tahu seseorg tu baik,ikhlas… bertuah Fasha.. “
” Fasha nampak muda..jelita..cantik..org tua ni dorang suka jenis type yg ramah dan mesra. ..senyum sokmo…plussss cantik plak,itu yg laju nak kenen dgn cucu haha.. “
” Seriously makcik ni tak kenal Fasha Sandha?? anyway comel gilaaa video ni!! Dr vid ni dah boleh tahu yg makcik tu mmg baik sbb baru kenal dia dah nak kenen kan FS kat cucu dia hehe kind soul.. “
Siapa sangka, tujuan asal ingin mempromosikan kedai makan tetapi boleh menjadi sesi pencarian jodoh spontan. Rupa paras Fasha yang nampak muda daripada usia jika dikatakan masih bujang pun masih orang percaya. Nampaknya makcik dah viral, hehe..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis

