Artis / Selebriti
” Dah anak dar4 anak Dato’, yang ni c0py paste muka Dato’ betul.. ” – Netizen
Video Sambutan Hari Lahir Dato’ Sri Eizlan Yusof Dan Anaknya, Vie Zaalia Raih Perhatian Warganet. Alahai Dah Besar Dah Zaalia, Dah Anak Dara. C0py Paste Papa Sangat, Cantik Sungguh !!
Meskipun sudah berpisah dan masing-masing sudah mendirikan rumahtangga serta mempunyai kehidupan baharu, pelakon Dato’ Sri Eizlan Yusof tetap menjalin hubungan baik dengan bekas isterinya, Vie Shantie Khan. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan tiga oranga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Dato’ Sri Eizlan kemudian telah mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama wanita pilihan hatinya iaitu Datin Natasha Rosa Boudville. Pasangan ini turut dikurniakan cahaya mata perempuan. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Dato’ Sri Eizlan, telah dikongsikan video sambutan hari lahirnya bersama anak ketiganya, Vie Zaalia.
Majlis sambutan hari lahir Dato’ Sri Eizlan dan Vie Zaalia disambut di sebuah restoran dan diraikan bersama ahli keluarga yang lain. Menerusi kapsyen pula, Dato’ Sri Eizlan turut memberikan kata-kata ucapan buat Vie Zaalia dan perkongsian video tersebut telah mencuri perhatian warganet.

Ada yang mengatakan Zaalia kelihatan semakin cantik setelah menginjak usia dan wajahnya saling tidak tumpah seperti Dato’ Sri Eizlan. Sehingga kini, perkongsian video itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video ini, ramai yang turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Vie Zaalia. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah anak dar4 anak Dato’, yang ni c0py paste muka Dato’ betul.. Selamat hari lahir buat Dato’ dan anak, semoga sentiasa di dlm rahmat dan kasih syg Allah.. “
” Happy Birthday Vie Zaalia dan DS Eizlan. Semoga panjang umur, murah rezeki selalu dan sihat sejahtera selalu disamping keluarga tersayang dan tercinta.. “
” Happy Birthday to Brother Eizlan & Baby Jaya. Moga dalam Rahmat Allah & sihat selalu.. Makin comel betul Baby Jaya sekarang.. “
” Happy Birthday Dato dan anaknya.. Moga diberikan ksihtn yg baik dimurahkn rezkinya dn didalam lindungan Allah.. “
” Happy Birthday Dato Sri and your little princess Vie Zalia.. May Allah bless you both with lots of love and rahmat..”
” Happy birthday big girl, rasa macam baru je tengok video Vie Zaalia masih kecil, kejap betul dah besar.. Semoga menjadi anak yang solehah.. “
” Happy birthday princess Vie Zaalia. Snoga dkurniakan rezeki dari pelbagai macam, dberikan aafiyah dunia akhirat, menjadi insan yang berjaya.. “
Memang seiras betul bapa dan anak ni, sekejap saja rasanya Zaalia sudah besar. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Dato’ Sri Eizlan dan Vie Zaalia. Semoga diberikan kesihatan yang baik serta bahagia bersama keluarga selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG eizlanyusof
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

