Artis / Selebriti
” Cute family, adik muka kakak habis ni. Comelnya Aali Mateen.. ” – Netizen
Perkongsian Ayda Jebat Wajah Anak Keduanya, Aali Mateen Raih Perhatian Warganet. Wah Comel Sangat Aali, Bukan Main Swag Lagi Aali Ni. Muka Ana Nayla, Sebijik !!
Sebagaimana diketahui umum, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 12 Disember yang lalu. Seminggu selepas kelahiran bayi ini, Ayda mengumumkan nama anak keduanya ini sebagai Aali Mateen.
Meninjau entry terbaru Ayda di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar Ayda sekeluarga. Kali ini, lengkap mereka sekeluarga dan Aali juga ada dalam gambar tersebut. Ini adalah kali pertama Ayda berkongsikan wajah Aali kepada umum.
Gambar versi hitam putih ini kelihatan menarik. Dengan pertanyaan di ruangan kapsyen bertanyakan kepada semua adakah Aali mengikut muka Nabil atau Ayda. Bulat dan chubby sungguh wajah Aali ini, ramai yang mengatakan wajah Aali serupa seperti kakaknya, Ana Nayla.

Terdapat 2 keping gambar Aali yang dipaparkan secara close up dalam perkongsian ini. Gambar Aali sedang tersenyum dan memakai cermin mata membuatkan ramai yang geram melihatnya. Kata Ayda, Aali sangat swag dalam gambar itu.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Ayda ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sebijik 2 3 bijik muka kakak Ana Nayla.. kelopak mata dah nampak macam mama dia lah Aali ni.. ”
” Gambar first tu… kata nayla pada adik… cepattt besarrr boleh main sama sama hehe.. Aww so cute, He looks like his sister. May Allah gives u good blessings always lil one.. ”
” Muka Nayla sgt nie.. Ada dada sikit, mommy sikit hehe.. Comelnya aalimateenofficial Haiii sayang.. ”
” Comel kakak dgn adik.. tahniah adik n nabil.. semoga nayla n aali menjadi anak soleh penyejuk hati mamy n dada.. ”
” First photo, geram kakak dia tengok adik dia. Aali ni Mommy sangat, copy paste terus.. love love love to you four.. ”
” Alaa comey muka Nayla sangat.. sebijik muka baby Nayla.. gambar no 2.. masya Allah so cute.. handsome boy nanti ni.. ”
” Cute family, adik muka kakak habis ni.. Ala comelnya, mata mana mata Aali Mateen.. congrats my dear sweet Ayda.. syukur Alhamdulillah.. ”

Akhirnya Ayda kongsikan wajah si kecil Aali. Geng daddy tapi sorry daddy, kali ini pun muka mummy juga lah. Semoga Aali Mateen membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang soleh serta membanggakan kedua ibu bapa apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ayda Jebat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi



