Connect with us

Artis / Selebriti

” Confius jap, mana mak mana anak. Macam kembar.. ” – Komen Netizen

Video Datin Shahida dan Qadejah memasak ‘lauk berhantu’ di dapur raih perhatian ramai. Wah awet mudanya Datin, ampak macam adik beradik je bila dengan Qadejah. Part Datin suruh Ammayan melompat tu lawak, hehe..

Meninjau ke akaun Instagram Datin Shahida, perkongsian sebuah video telah meraih perhatian ramai. Suasana dapur Datin Shahida hari ini bertambah meriah apabila Datin memasak bersama anak tersayang, Qadejah atau mesra dipanggil Cess.

Menurut Datin Shahida, lauk yang dimasak kali ini memang boleh digelar ‘lauk berhantu’ kerana setiap kali dimasak, sekejap sahaja terus licin dihidangkan. Ini kerana ramai penggemar kari dalam rumah mereka. Tengok pun sudah menyelerakan.

Lebih istimewa, kari kambing tersebut dinikmati bersama nasi Arab yang harum, menjadikan gabungan ini benar-benar sepadan dan menyelerakan. Walaupun Qadeejah bertugas sebagai ‘pembantu tukang masak’ dengan tugas khas kacau senduk sahaja, kehadirannya sudah cukup menceriakan suasana dapur dan menambah rasa kasih dalam setiap hidangan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai menyatakan wajah kedua anak beranak ini seperti adik beradik dan ada juga seperti pasangan kembar. Seiras sangat wajah Cess dengan ibunya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Datin tengah ajar Cess sbnrnye tu. Same la dgn aku dulu. Mak aku pon ajar aku cara Gini… next bile masak lagi, dia x tgk da, ko g masak sendiri.. “

” Datin.. tiba² plk saya nmpk Datin ngn Cess ni mcm twins.. why.. why.? MasyaaAllah, so lovely both Datin n Qadejah.. “

” Iras betul muka cess dgn datin. Kenapa ye kita kalau masak, mesti cekak pinggang? Cess siap lompat, nasib tak masuk dlm periuk.. “

” Sedappnyee… MCM kakak adik Hepi family. Sama mcm saya dlu2 zmn umur2 sekolah rendah n menengah tugas tlg kcau senduk je tp wpun tkg kcau je atleast kite tau bhn2 ape nk gune.. “

” Ape perlu masukkan dlu step by step.. lama2 dh bole memasak sendiri.. thanks mama ajar sy masak smpai pndai Sekarang.. “

” Mak Dan ank sama cantik sopan jaga aurat contoh yg baik insyaallah.. thanks datin. Seronok tgok Datin dgn Deja..suka sgt main masak².. “

” Mak aja cess masak..bagus..lagi tinggi value cess ni nak lengkapkan pakej menjadi seorg wanita lengkap. Confius jap mana mak mana anak. Mcm kembar.. “

Nampak sedap dan menyelerakan bukan. Jadi tidak hairan lah seperti yang dikatakan oleh Datin bahawa hidangan ini memang boleh licin apabila dijamukan. Sedikit sebanyak video ini memberi idea buat para isteri membuat hidangan makan tengahari atau malam.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak