Artis / Selebriti
” Comelnya tema majlis, betul-betul Nobisuke in the house, haha.. ” – Komen Netizen
Gambar-gambar sekitar majlis akikah dan kesyukuran anak Syasya Rizal raih perhatian ramai. Wah tema memang lain daripada yang lain. Tak pernah lagi jumpa orang buat tema akikah macam ni..
Meninjau di akaun Instagram milik bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal telah berkongsi beberapa gambar yang memaparkan sekitar majlis akikah dan kesyukuran anak sulungnya iaitu Muhammad Yassir Hayyan bin Nasrullah yang baru dilahirkan beberapa bulan lalu.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah tema majlis tersebut adalah berwarna biru dan putih sempena kartun animasi Daraemon yang diminati oleh mereka. Di ruangan kapsyen, Syasya turut memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis anaknya itu.
Bukan itu sahaja, Syasya juga menitipkan doa buat anaknya dan meminta para peminat mendoakan Yassir. Ramai yang teruja melihat tema majlis akikah dan kesyukuran anak Syasya. Komen warganet, tema yang dibuat Syasya itu lain daripada yang lain.

Mereka menyifatkan Syasya dan suaminya sudah seperti Nobita dan Shizuka (Nobisuke) dalam animasi cerita karun Daraemon. Sehingga kini, perkongsian oleh Syasya ini telah menerima belasan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dengan memberikan pelbagai emoji dan turut memberikan kata ucapan tahniah kepada Syasya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya tema majlis, betul-betul Nobisuke in the house, haha.. Yeyyy happy and proud to be part for hayyan’s special memories.. “
” Mak sizuka Pak nobita, memang sebiji lah husband Syasya tu.. Nobita + Shizuka = Nobisuke.. Tahniah korang, tumpang happy.. “
” Cutes family.. Eee massyaallah.. Betul betul family nobita and shizukaaa.. Semoga Yassin membesar menjadi anak yang soleh.. “
Alahai comel sungguh pasangan ini bersama anak mereka. Rasa sekejap sahaja masa berlalu, diam tak diam Syasya sekarang sudah pun bergelar seorang ibu. Tahniah diucapkan kepada Syasya dan suami atas kelahiran anak sulung mereka, semoga Yassir terus membesar menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Untuk sekadar info, tahun lalu pengunduran Syasya atau nama sebenar, Norsyasya Afiqah Shahrizal daripada kumpulan Dolla membuatkan ramai peminat terkejut. Syasya membuat keputusan tersebut kerana mahu mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya, Nasrullah. Bukan itu sahaja, penampilan Syasya bertudung juga mendapat pujian ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG syasya.rzl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen

