Artis / Selebriti
” Comelnya Kak Mia dekat-dekat nak bersalin ni.. ” – Netizen
Kongsi Video Memasak Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 6, Penampilan Mia Ahmad Yang Sedang Sarat Hamil Anak Ketiganya Raih Perhatian Ramai. Wah Berseri-Seri Lah Mak Buyung Ni, Cantik Sangat Mia !!
Mia Ahmad, antara selebriti yang mempunyai ramai peminat. Untuk rekod, Mia telah mendirikan rumahtangga bersama pemain bola sepak iaitu Izham Tarmizi. Sejak itu, Mia tidak lagi aktif dalam dunia lakonan dan lebih memberikan tumpuan dalam urusan rumahtangganya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Mia telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang memasak sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 6 tahun. Ujar Mia dalam video itu, memadangkan keadaannya sekarang sudah sarat mengandung, ulang tahun perkahwinan hanya disambut di rumah sahaja.
Kelihatan pelbagai juadah enak telah disediakan oleh Mia buat Izham seperti makanan laut iaitu udang dan ketam. Di ruangan kapsyen pula, Mia menitipkan kata-kata yang istimewa dan doa buat suami tersayang.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang memuji kecantikan Mia meskipun Mia sedang sarat hamil. Sehingga kini video yang dikongsikan Mia itu telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet mengambil kesempatan memberikan kata ucapan selamat ulangtahun perkahwinan dan mendoakan yang baik-baik buat Mia serta suami. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Happy Anniversary Kak Mia n Abg Izham Happy for you dah 6 tahun brsama rasa mcm baru je Kak Mia kahwin semoga ikatan prkhwinan kak Mia n Abg Izham Kekal hingga ke Jannah love you.. “
” Comelnya Kak Mia dekat-dekat nak bersalin ni, berseri-seri muka. Alhamdulillah, semoga rumah tangga Mia dan Izham akan kekal hingga ke akhir hayat.. “
” appy anniversary mia n psgn… Smoga bahagia n kekal till jannah dan rumah tangga yg mawaddah, rahmah Dan sakinah.. Aamiin.. “
” Alhamdulillah happy anniversary semuga mahligai yg dibina bahagia hingga ke Jannah dan urusan Mia melahirkan anak nanti juga dipermudahkan.. “
” Syukran alhamdulillah.. Happy Bless Anniversary Mia dan Izham. doa Allah SWT sntiasa beri kesejahteraan, sihat walafiat, murah rezki, keberkatan & kerahmatan hidup serta kebahgiaan.. “
” Happy bless Anniversary Sis.. Cantik betul Sis walaupun dah nak bersalin. Moga kekal till Jannah ya, amin.. “
” Selamat ulang tahun perkahwinan Mia dan suami. Semoga Mia dan Izham kekal berkasih syg hingga ke syurgaNya.. “
Alahai Mia, meskipun dalam keadaan sarat masih bertenaga untuk masak masakan special buat suami tersayang. Apa-apa pun semoga hubungan rumahtangga Mia dan Izham akan terus berkekalan hingga ke syurga serta urusan Mia untuk bersalin nanti akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mia.ahm4d
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Lina salah makan ubat gegat ke tadi ni. Risau tercabut kepala tu kang Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen

