Artis / Selebriti
” Comelnya cucu Shiera. Tembam betul pipi, geram betul kita tengok.. ” – Komen Netizen
Video wajah cucu sulung Sharifah Shahirah yang baru lahir raih perhatian warganet. Bambam betul pipi cucu Sheira, kulit putih merah-merah, comel sangat..
Beberapa hari lalu, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah, berkongsi berita gembira apabila anak perempuannya, Allisya telah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang. Menerusi video itu, Sheira dan suaminya, Ijoy tampil berpakaian ala penerima gelaran Datuk di istana lengkap berselempang kuning.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Sheira berkongsi video yang memaparkan saat pertama kali melihat cucu sulungnya yang baru dilahirkan di hospital. Kelihatan Shiera dan Ijoy begitu teruja melihat cucu mereka dan mereka bergilir mendukung cucu.
Selain Sheira, ahli keluarga Sheira yang lain turut ada bersama di hospital tersebut melihat Allisya dan bayi. Menerusi kapsyen pula, Shiera juga memberikan ucapan terima kasih kepada pihak hospital, doktor serta ahli keluarga besannya. Perkongsian Sheira itu telah menarik perhatian warganet.

Ada yang mengatakan yang cucu Shiera sangat comel dan montel badannya. Sehingga kini, posting terbaru oleh Sheira ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini tulis. Alahai nampak seronok sungguh Shiera dan Ijoy menyambut cucu sulung mereka.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Shiera dan ramai yang memberikan kata ucapan tahniah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya cucu Shiera. Tembam betul pipi, geram betul kita tengok.. Tahniah Shiera dan Ijoy dan naik pangkat.. Semoga anak dan cucu sihat hendaknya.. “
” Tahniah nenda Shiera dan Dato Ejoy dpt cucu sulung and naik pangkat. Alhamdullilah, hadiah teristimewa sblm tutup tirai 2024.. “
” Nanny pun msh muda and cun.. Tahniah Shiera sekeluarga.. Comelnya cucu, selamat berpantang Tallisya.. Lepas ni riuh lah rumah ada cucu.. “
” Tahniah nenek Shieraijoy dan atok Ejoyazari .. Dapat cucu.. Alhamdulillah. Allahumasollia’lamuhammad Waalaalimuhammad.. “
” Tahniha Shiera, dah jadi nenda.. Seronok kita tengok Sheira happy dapat cucu sulung.. Selamat berpantang dan tahniah juga buat Tallisya.. “
” Tahniah Kak Rara n Abg Ejoy dapat gelaran wan n mak to.. Alhamdulillah kak rara br cucu sorang jangan jadi serabai sangat k haha.. “
” Alhamdullilah, Tahniah Shiera dapat cucu.. Nenek dan atuk maintain muda lagi.. Comel betul cucu Sheira dan Ejoy. Semoga baby sihat dan membesar menjadi anak yang solehah.. “
Alahai comel sungguh cucu Shiera, kulit putih-putih dan merah kemerahan. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Shiera, Ijoy sekeluarga atas kelahiran cucu sulung dan tahniah juga kepada Allisya kerana sudah bergelar seorang ibu. Semoga bayi sentiasa dalam keadaan sihat serta membesar menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


