Artis / Selebriti
” Comelnya anak Abang Roy. Putih melepak betul.. ” – Netizen
Roy Azman Kongsi Video Dan Gambar Sempena Hari Lahir Anaknya, Aleesha Namun Wajah Anaknya Jadi Tumpuan Ramai. Alahai Comel Sungguh Anak Dara Abang Roy !!
Roy Azman bukan nama baru dalam dunia lakonan. Sudah berjinak dalam industri sejak era 90-an lagi, namanya cukup popular dan dikenali ramai. Roy masih lagi kekal bertahan sehingga ke hari ini walaupun banyak bakat baru yang tumbuh bagai cendawan.
Hasil tinjauan baru kami di akaun Instagram milik Roy, Roy telah berkongsi video menyanyikan lagu selamat hari lahir buat anaknya yang bernama Aleesha. Roy turut memuatnaik 2 keping gambar bersama anaknya dan juga ucapan ringkas di kapsyen.
Jika anda mengikuti Roy di akaun Instagram, Roy sebenarnya boleh dikatakan agak jarang berkongsi gambar isteri dan anak-anaknya. Namun apabila berkongsi gambar atau video mengenai mereka pasti akan menerima banyak tanda suka dan juga komen daripada peminat.

Walaupun sering melakonkan watak antag0nis dan kelihatan gar4ng air mukanya, ternyata Roy merupakan seorang ayah yang penyayang dan pandai mengambil hati anak-anaknya. Ada sahaja gelagat-gelagat kelakar yang mencuit hati dikongsikan buat tatapan peminatnya.
Jom tonton video di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Gelagat Roy bersama anak-anaknya ini menarik perhatian peminat. Alahai manja sangat dengan papa dan antara komen-komen mereka :
” Happy bornday si comel, nanti pak cik kirim hadiah.. “
” Sanah helwah bby ..moga mbesar mnjadi ank yg sollehah, brjya dunia akhirat.. “
” Happy birthday, cute comelnyerr Aleesha.. Happy besday aleesha comey. Cantik sangat si kecil ni.. “
” Comelnya anak Abang Roy. Putih melepak betul.. Macam anak omputih, segak anak-anak dara dia.. ”
” Happy birthday princess.. semoga Allah beri kesihatan, dipanjangkan umur… semoga anak yg bijak dan success.. “
” Comelnya anak-anak dia, cute miut sangat muka masing-masing.. “
Memang comel-comel wajah anak Roy ini ada iras Roy dan isterinya, Fyda. Apabila masing-masing ketawa dan tersenyum itu nampak bertambah manisnya. Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran Aleesha, semoga menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa dan sentiasa dirahmati Allah selalu. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roy Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

