Artis / Selebriti
” Comel yer sangat anak mu.. ” – Netizen
Video Atu Zero Bersama Anak Bongsunya, Hud Yang Berusia Setahun. Alahai, Comel Sangat Hud !!
Atu Zero atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan salah seoarang anggota Kumpulan Zero bersama abang-abangnya iaitu Syaiful dan Sharif.
Atu telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya bernama Shafeeqa Johari pada 8 Februari 2016. Perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Shafeeqa merupakan seorang pereka fesyen yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Atu pada ketika itu baru sahaja berusia 24 tahun manakala Shafeeqa berusia 30 tahun. Meskipun jarak umur mereka berbeza, namun Atu suka akan sifat Shafeeqa yang begitu memahami. Hal ini membuatkan wanita itu cukup istimewa di matanya.

Menerusi akaun Instagram, video Atu bersama anaknya telah dimuatnaik oleh isteri beliau dengan kapsyen ucapan hari lahir buat suaminya serta anaknya, Sharif Salahuddin atau dipanggil dengan panggilan Hud. Hari lahir mereka disambut pada 20 April lepas secara kecil-kecilan di rumah kerana tempoh PKP.
J0m tonton video di bawah :
Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada Atu dan juga anaknya serta ramai yang memuji kecomelan anak Atu. Antara komen-komen mereka :
” Comelnyeee cute sgt.. Happy birthday atue and hud.. ”
” Comellll yer sgttttt ank mu.. “
” Comelll nya dik. bila lah nak jumpa aunty Manchester nih hehe.. happy birthday ya.. “
” Happy Birthday Anak Beranak ini, semoga panjang umuq dan senantiasa sihat .. “
” Alololooo comelnyer.. happy birthday to bapak n anak.. “
” Omeynyaa ! Happy birthday .. “
Alahai, comel dan bulat sungguh Hud. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir kepada Atu dan juga Hud. Semoga Atu dimurahkan rezeki dan panjang umur manakala untuk Hud semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta akhir4t.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shafeeqa Johari by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

