Artis / Selebriti
” Cess pun tak boleh dipercayai. Tahniah Cess, kami semua terpedaya.. ” – Komen Netizen

Video anak Dato’ Aliff Syukri, Qadejah menjawab siapa Siti buat warganet terhibur. Pandai Cess berlakon sampai ramai yang percaya. Part Cess kata tak ada orang yang inginkan abahnya tu kelakar. Mesti Dato’ Aliff tersedak dengar Cess mengata Abah, haha..
Semuanya telah pun terjawab mengenai siapa Siti yang viral dalam live Dato’ Aliff Syukri bersama Qadejah dan Ammar Ahyan beberapa hari yang lalu. Kecoh semua melihat cara Qadejah mengamuk kerana terlihat pesanan Dato’ Aliff bersama Siti.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Aimi Nohh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Qadejah menjawab soalan viewers tentang Siti. Kata Qadejah, seandainya benar ada wanita yang berhubungan dengan abahnya, bukan itu reaksi sebenar yang akan Qadejah tunjukkan.
Tambah Qadejah, dia akan terlebih dahulu memanggil mamanya supaya turun dan selepas itu baru lah boleh memulakan amukan membaling segala barang yang ada. Dalam nada ketawa, Qadejah mengatakan dia adalah anak mama dan semuanya akan diceritakan kepada mama.
Qadejah juga mengatakan tidak ada wanita yang inginkan abahnya kerana abahnya memang tidak melayan wanita asing. Baguslah Dato’ Aliff, orang yang setia pada isteri yang satu. Bak kata Dato’ Aliff sebelum ini, Datin Shahida adalah satu-satunya bidadari dunianya.
Jom tonton video di bawah :
@aiminohh2 Replying to @Dee pandai cess perlakonan. Hahahah. Ok dah gais boleh dah STOP tanya siapa siti ok. Tu cess dah jawab tu. 🤫 #aliffsyukri #datoaliffsyukri #ammarahyan #datinshahidadherbs #dherbs #papalaris #cess #fyp #fypシ #foryoupage #masukberandafyp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Cess pun tak boleh dipercayai haha.. see memang menjadi gabungan 2 beranak ni. macam real betul lakonan cess dengan abah tu.. “
” Sebab tu amayan tk masuk campur, dia takut salah react haha.. Cess kau buat aku percaya sama kau.. kerana percayakan SITI haha.. “
” Ooh jadi Siti tu Siti Jewel lah ye haha.. produk gempak.. iklan dia walau nmpk biasa tapi lain dari lain.. cess ni mmg power marketing.. tambah pulak geng dengan abah dia mmg jadiiikkk.. “
” Dah agak dah, you’re too smart to do that.. menjadi lakonan ko cess. acik hampir percaya.. tahniah cess, kami semua terpedaya.. “
” Berani ke nak abah.. Nenek dia orang pertama yg akan ganyang perempuan tu haha.. berani nak sondol abah.. “
” Ada org ke nak kat abah” haha.. kalau betul ada perempuan tu kena hadap petir² sekeliling dato ye. bonda,kak yati,cess,anak bonda yg bongsu pon aku yakin akan mengamuk jugak haha.. so peyondol2 tu fikir la masak-masak.. “
” Malang siapa yang nak sondol abah Cess.. hidup kena 24 jam kerja haha.. lawak lah cess.. baru kita nak baling baling barang barang.. ni baru betul girl.. “
Lakonan yang mantap daripada Qadejah dan Dato’ Aliff sehinggakan ramai yang percaya benar-benar ada si Siti itu. Kalau betul, memang lunyai lah Dato’ Aliff dengan amukan Qadejah dan Datin Shahida. Qadejah memang terbaik. Papa laris jangan berani-berani okey, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aimi Nohh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahun lepas, setelah abang Fattah ni single kan, kita belum start dah blushing.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gedik-gedik dia menari tu menjadi, sebijik gedik Sarah. Tak semput suara, syok tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Abang yang tengah taip ni ke.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Memang sengal lah yang kaitkan lagi Ina dengan Mawi. Ina ni dari dulu jiwa kental.. ” – Komen Netizen