Connect with us

Artis / Selebriti

” Cekalnya dia, kita yang dengar dan tengok ni auto menangis. Independent sungguh.. ” – Komen Netizen

Perkongsian perbualan video Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi bersama anak yatim piatu, adik Alis yang viral hidup sendirian dan bakal memasuki UPSI biat ramai tersentuh. Kuatnya adik Alis ni, muka tetap tersenyum walaupun bercerita mengenai pemergian ibu dan ayahnya..

Kisah seorang remaja yatim piatu yang bakal menyambung pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, adik Alis menjadi viral di media sosial. Ramai yang memberikan liputan untuk anak muda ini dan salah seorangnya adalah pengerusi MARA, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dr Asyraf Wajdi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan video call antara Dr Asyraf dan adik Alis. Tenang sahaja pertuturan adik Alis dan ceritanya mengenai caranya mengharungi kehidupan selepas pemergian kedua ibu bapa membuatkan ramai sebak.

Sudah 3 tahun adik Alis hidup sebatang kara. Ayahnya pergi pada tahun 2021, manakala ibunya pula menyusul setahun selepas itu. Adik Alis yang tinggal di rumah sewa meneruskan bayaran sewa rumah tersebut pada kadar RM200 sebulan walaupun dia masih belajar.

Kata Adik Alis, dia mengambil upah sebagai tenaga pengajar silat dan mendapat bayaran bulanan. Wang itu lah yang digunakan untuk meneruskan kehidupannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tetapi salute pada adik Alis kerana semangatnya tetap utuh sehingga ke saat ini.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hebat adik ini, cekal hidup, moga Allah terus pelihara adik ini dunia Dan akhirat.. sedih dengar betapa tabahnya dia mengharungi hidup. rasa kita ni dah susah ada lagi orang yang lagi susah dari kita.. “

” Alhamdulillah kita hok dengar dan tengok ni auto menangis. cekal dan hebat anok soleh ni.. independence sungguh.. semoga terus cemerlang di dunia dn akhirat juga. Amiiin3 YRA.. “

” Hidup sorang diri, Cekalnya dia… Alhamdulillah, ketabahan dia akan mendapat balasan yang sepatutnya. semoga berjaya menjadi seorang pdidik yg mpunyai empati yg tggi.. “

” Alhamdulillah. Sungguh luar biasa level ketabahan Alif. Semoga Alif berjaya menjadi seorang guru yg cemerlang kelak.. “

” SubhanAllah.. Ya Allah.. Lagi semangat sy utk mendidik anak sy supaya dpt masuk Mrsm.. Walaupun anak sy baru 4thn.. Tp bila tgk Doc sbg tunjang MARA, mmg sy akan tekad didik anak sebaiknya.. “

” Dia tenang je bercakap, kita yang dengar dah menitik airmata. Hidup sebatang kara tanpa ibu bapa, tapi semangat nk berjuang untuk hidup tu, rasa malu pada adik Alis ni.. “

” Adik hebat inshaa Allah.. jaga solat.. masa depan mu cerah adik. Alhamdulilah . Thank You Dato and UPSI. Hanya Ilmu dapat mengubah Masa Depan.. “

Hebatnya seorang anak muda, dalam kesusahannya untuk meneruskan kehidupan sendirian, adik Alis tetap berusaha agar impiannya untuk bergelar seorang pendidik menjadi kenyataan. Semoga adik Alis akan berjaya mencapai impiannya itu dan membanggakan arwah kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Asyraf Wajdi  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
Handbag Sya by AS

Trending

Copyright © Berita Kopak