Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya isteri dan anak-anak Along. Yang hujung tu ada iras Sazzy Falak.. ” – Komen Netizen

Gambar-gambar raya Along Kamaludin bersama keluarganya telah mencuri perhatian ramai. Cantik sungguh isteri dan anak-anak Along. Cucu-cucu pun dah besar, comel sangat..

Syawal sememangnya menjadi detik paling bermakna buat seluruh umat Islam apabila ahli keluarga berkumpul, mengeratkan silaturahim serta saling bermaafan. Dalam suasana penuh keberkatan ini, setiap momen yang dikongsi pastinya mengundang rasa syukur dan bahagia, lebih-lebih lagi apabila diraikan bersama insan tersayang.

Tidak terkecuali, sambutan Hari Raya pengarah terkenal, Along Kamaludin turut mencuri perhatian warga maya. Keharmonian yang jelas terpancar dalam setiap perkongsian membuatkan ramai tersentuh melihat keakraban keluarga ini yang begitu utuh.

Pada 1 Syawal yang lalu, Along atau nama penuhnya Shahrom Kamaludin dilihat meraikan hari lebaran dengan penuh keceriaan bersama isteri tercinta, Arni Idris serta anak-anak, menantu dan cucu tersayang. Lebih menarik, mereka tampil sedondon dalam persalinan rona biru lembut yang menyerlahkan lagi kemeriahan suasana Aidilfitri.

Untuk pengetahuan umum, hasil perkongsian hidup lebih tiga dekad, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Aisyah dan Amelia. Lebih mencuri perhatian, kecantikan isteri Along serta anak-anak mereka turut menjadi perbualan ramai.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cantik.. Wife dia sda iras pelakon Reen Rahim.. Anak perempuan pun sama so cantik… Nampak along dan wife awet muda betul.. “

” Mak ayah tak makan tua.. Anak-anak pula cantik manis betul.. Selamat hari raya Along sekeluarga.. Maaf zahir batin.. “

” Aku budak2 dulu suka jugak dia berlakon. Dgn ada sorg lg muka cam iras dia. Now aku dh 40, logik la dia dh bercucu.. “

” Aku confused tdi mana mak mana ank.. Cntik bethol isteri dia MasyaAllah.. Anak2 cantik, cucu2 semuanya comel.. “

” Alhamdulillah.. Cntik2 semua nya. Smoga bhgia brsama kluarga trsyang.. Setianya cinta dia, moga terus setia.. “

” Cantiknya isteri dan anak-anak Along. Yang hujung tu ada iras Sazzy Falak.. Isteri Along pun cantik sangat, nampak muda.. “

” Patut la jarang expose rupanya punyai anak dan isteri cantik dan hensem.. Mula2 tengok, eh yg mana bini dia.. Nampak mudaa.. “

Tidak kurang juga yang menyifatkan keluarga ini sebagai contoh keluarga bahagia yang penuh kasih sayang. Keakraban yang ditunjukkan jelas menggambarkan hubungan erat antara setiap ahli keluarga dan membuatkan ramai turut tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikongsi.

Silakan SHARE..

Sumber :IG alongkamaludin, majalahnona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak