Artis / Selebriti
” Cantiknya Ecah, muka macam anak orang Arab.. ” – Netizen
Video Penampilan Anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana Ke Sekolah Raih Jadi Perhatian Warganet. Alahai Bersih Betul Muka Aaisyah Tanpa Makeup. Part Pakai Tudung Tu Paling Comel !!
Bagi yang suka mengikuti perkembangan pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta pasti mengetahui yang Che Ta mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Aaisyah Dhia Rana. Sejak dilahirkan lagi, Aaisyah sering menjadi perhatian warganet.
Jangan tidak tahu, Aaisyah juga suka bersolek dan bergaya seperti ibunya. Banyak video Aaisyah sebelum ini dimuatnaik ke media sosial mendapat pujian ramai. Meskipun baru berusia 9 tahun, Aaisyah sudah pandai bersolek seperti orang dewasa.
Terbaru, meninjau ke akaun TikTok suami Che Ta, Zain Saidin telah dikongsikan video baru yang memaparkan Zain bersama Aaisyah di dalam kereta. Difahamkan video ini diambil ketika Aaisyah mahu pergi ke sekolah dan Aisyah seolah masih mengantuk lagi.

Zain turut membantu Aaisyah memakai kasut dan dalam masa yang sama Aaisyah turut memakai tudung sekolah. Sebelum keluar dari kereta, Zain sempat mencium Aaisyah dan memberikan kata-kata semangat. Perkongsian video ini menjadi perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
@zainsaidin23 Best way to start our day kita kene Wangi 😇 #fypシ #fyp #roxy #perfume #parfum #adr #aaisyah #meledak #murah #areyouready
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji kecomelan Aaisyah. Antara komen menarik adalah :
” Cantiknya Ecah, muka macam anak orang Arab.. Pak hg ni Aisyah spray minyak wangi habih separuh botol, haha.. “
” Kecik² dia dh comel. tengok la dia besar nanti lagi lawa weii. Suka tengok Aaisyah dan Zain.. Zain memang ayah yang penyayang.. “
Alahai comelnya Aaisyah, lagi-lagi bila Aaisyah bertudung macam itu. Seronok tengok cara Zain melayan Aaisyah, manja betul Aaisyah dengan daddy nya. Apa-apa pun. semoga Aaisyah menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam pelajaran yer.

Untuk sekadar info, selain Aaisyah, Che Ta turut mempunyai dua orang lagi anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Azzra daripada hasil perkahwinan pertamanya yang terdahulu sebelum mendirikan rumahtangga dengan pelakon Zain Saidin pada tahun 2013.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok zainsaidin23, IG zainsaidin23
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen



