Artis / Selebriti
” Cantiknya anak sulung Datin Lisa, sekejap dah besar kan dia.. ” – Netizen
Muatnaik Gambar Makan Malam Bersama Keluarga, Namun Penampilan Anak Sulung Datin Lisa Surihani Dan Datuk Yusry, Yahaira Leanne Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Yong, Comelnya Melentok Dekat Daddy Macam Tu. Manja Sangat !!
Meninjau di akaun Instagram pelakon cantik, Datin Lisa Surihani telah memuatnaik satu gambar bersama keluarga sebelah suaminya, Datuk Yusry. Kongsi Datin Lisa di kapsyen gambar tersebut diambil ketika makan malam bersama keluarga sebelum Edry Abdul Halim berangkat pulang ke Manchester.
Turut ada bersama adalah abang Datuk Yusry iaitu Dato’ Norman Abdul Halim dan anak-anak Datin Lisa Surihani iaitu Yahaira, Yusof dan Yunos. Namun telah menjadi perhatian warganet adalah gaya anak perempuan Datin Lisa iaitu Yahaira yang lebih dikenali dengan panggilan Yong.
Kelihatan Yong berada di sebelah Datuk Yusry dan meletakkan kepalanya di bahu Datuk Yusry. Ada yang menyatakan anak pasangan ini sudah kelihatan besar dan berseloroh melihat gambar tersebut sudah seperti Datuk Yusry sedang bergambar bersebelahan girlfriend.

Selain itu, ada juga menyatakan gambar ini telah mengimbau kenangan bersama kumpulan KRU yang dianggotai oleh Datuk Yusry, Dato’ Norman dan Edry Halim. Sehingga kini, gambar yang dikongsikan oleh Datin Lisa telah menerima lebih 32 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Yahaira so grown up already, ingatkan Yusri ada girlfriend baru tadi, hehe. Datin Lisa memang natural beauty, suka tengok.. “
” Cantiknya anak sulung Datin Lisa, sekejap dah besar kan dia. Makin cantik macam mamanya lah Yong ni.. “
” Complete semua abang2 KRU ada. Abg Edry, selamat berangkat dan selamat sampai ke Manchester. Cutenya anak2 Datin Lisa.. “
” I really admire this family. Very humble, semoga keluarga ini sentiasa dlm lindungan rahmat & kasih sayang Allah Swt. Aamiin yarabbalamin.. “
” Dah besar Yong yer, comel pula tengok dia bergambar macam tu, hehe. Suka tengok keluarga bahagia ni.. “
” KRU, terus teringat pernah anta kad raya masa zaman 90 an dulu, dorg balas tau. Masih simpan sampai sekarang, kenangan.. “
” Paling minat KRU dulu. Paling minat Lisa. Rasa happy Lisa dijodohkan Allah dengan salah seorang ahli KRU. Alhamdulillah. Semoga dalam lindungan Allah dan sentiasa dirahmatiNya.. “
Amboi Yong siap landing atas bahu daddy, manja betul gayanya. Pejam celik pejam celik Yahaira sekarang dah 7 tahun usianya. Apa-apa pun semoga keluarga Datin Lisa sentiasa bahagia bersama dan segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG lisasurihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Lina salah makan ubat gegat ke tadi ni. Risau tercabut kepala tu kang Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen

