Artis / Selebriti
” Cantiknya anak dara Ruhil. Yang anak teruna pun handsome. Muka mat saleh betul.. ” – Komen Netizen
Ruhil Amani kongsi gambar raya bersama ibu dan anak-anaknya raih perhatian ramai. Wah cun dan handsome sungguh anak-anak Ruhil, muka pan asian semuanya..
Bagi yang membesar di era 90-an, pastinya mengenali penyanyi Ruhil Amani. Pelantun lagu Kawan ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Jamil Wilson, namun rumahtangga mereka berakhir sekitar tahun 2019 yang lalu. Ruhil dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata yang bernama Ariana dan Raayan.
Kedua-duanya sudah menginjak fasa remaja dan memiliki rupa paras yang menarik. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ruhil Amani, telah dimuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan suasana raya Ruhil di rumah ibunya. Ruhil dan anak-anak memilih tema warna kelabu untuk baju raya mereka.
Ramai yang terpegun dengan kecantikan anak dara Ruhil. Ariana memiliki hidung yang mancung dan lebih kelihatan seperti mat saleh. Adiknya, Rayyan juga memiliki wajah kacukan yang kacak. Gen mat saleh daripada ayah mereka dapat dilihat pada wajah kedua adik beradik ini.

Ruhil juga semakin ramping dan kelihatan sama seperti zaman mudanya dulu. Warganet memuji kejelitaan Ruhil dan anak perempuannya itu. Anak-anak semakin dewasa, Ruhil pula maintain sahaja dan awet muda. Seperti kakak dengan adik-adik pun ada melihat gambar raya mereka itu.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Selamat Hari Raya Aidilfitri Ruhil Amani. Arwah mak saya cukup suka suara awak.. dia kata sedap suara Ruhil ni.. masa tu saya masih sek men.. ya.. mmg sedap pun.. “
” Muka macam waktu dia muda.. tetap cantik sama awet muda betul. Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin Ruhil.. macam kakak dengan adik-adik je padahal anak.. “
” Masha Allah, awet muda.. Ruhil maintan muda dan cantik, sama je macam dulu tak berubah.. Salam syawal Ruhil.. “
” Selamat hari rayaa auntyy. Maaf Zahir & Batin.. maaf juga dipintan andai ada yang terrrr.. selamat hari raya.. “
” Slm selamat hari to all family (hi aunty this is aniya) how are you sehat ke? Mangkin da besar da ariana nak kata she look like 24 y/o and matang. kirim slm dia ye.. “
” I’m your die hard fan ruhilamani. Selamat Hari Raya, awet muda Ruhil ni.. cantik dan handsome anak-anak Ruhil, 1st time tengok.. “
” Cantiknya anak dara Ruhil.. yang anak teruna pun handsome. tak berkelip mata tau tengok anak dara tu. muka mat saleh betul.. lawaaaa macam mama dia.. “
Ruhil sememangnya awet muda, dulu dan sekarang tak banyak berubah wajahnya. Anak-anak Ruhil juga cantik dan handsome, wajah yang akan menjadi rebutan ramai apabila meningkat dewasa kelak. Apa-apa pun, selamat hari raya Aidilfitri Ruhil dan keluarga. Semoga berbahagia selalu hendaknya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ruhil Amani, Portal mstar online, Kosmo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

