Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen

Video terbaru Ezwan Zain bersama anak perempuannya, Dania Sofea curi perhatian warganet. Alahai manis sungguh Sofea ni. Muka memang copy paste Mr E sangat.. 

Umum mengetahui suami Erra Fazira, Ezwan Zain atau popular dengan nama MR E mempunyai seorang anak perempuan, Dania Sofea hasil pernikahannya sebelum ini. Ketika majlis perkahwinan Ezwan dan Erra, kelibat Sofea mengiringi Ezwan ke pelamin mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Erraezwan_editzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live terbaru Sofea dan Ezwan. Sofea anak yang manis dan periang orangnya. Senyuman tidak lekang di wajah Sofea dan raut wajahnya saling tak tumpah seperti Ezwan.

Warganet juga memuji pemakaian Sofea yang sopan dan lengkap memakai hand sock. Hasil asuhan yang baik daripada kedua ibu bapanya menjadi Sofea seperti sekarang. Ramai yang senang melihat kemesaraan dan kemanjaan Sofea apabila bersama ayahnya ini.

Untuk info, Sofea kini di bawah jagaan mantan isteri Ezwan yang menetap di Pulau Pinang. Memandangkan Sofea sudah tidak lagi tinggal bersama ayahnya sekarang, masa yang ada ketika mereka bertemu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Jom tonton video di bawah :

@erraezwan_editzz

Forever be a dad’s baby girl🤍Comel jee Sofea spend time with papa yee🥹🫶🏻 @ezwanzain @sofea #ezwanzain #fyp #xyzbca #ayahdananakperempuannya #daughter

♬ original sound – Mr E & Mrs E Fans✨ – Mr E & Mrs E Fans✨

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Comel la Dania Sofea ni.. cantik sungguh anak Mr E ni.. cute father & daughter duo. filter love tu. All the best for SPM this year, Sofea. semoga segalanya dipermudahkan.. “

” Comel je kann spend time dengan papa nye. Aamiin, semoga Sofea berjaya dapat straight A untuk SPM.. “

” Suka nya hati tengok anak dan ayah ni.. ni mesti manja sangat kat ayah nya… semoga kasih sayang antara ayah dgn anaknya Sofea tetap dihati dan selalu bahagia bersama.. “

” Suka tengok 2 2 ni.. manja je Sofia… mr e papa yang penyayang.. sweetnye Dania Sofia ni.. cantik dia semulajadi, bagus pakai handsock.. “

” Muka sama, anak papa sangat ni.. Senyum pun sama.. sweet dan cute Dania Sofia.. lucu gelagat anak beranak ni.. cantik sangat anak dara mr e.. “

” Wahhh mr ezwan kita repostt,tahniahhh comelnya hubungan diorang,suka tengokk comel sangatt semoga bahagia hingga ke jannah sofea dan papa.. “

” Alhmdulillah.. comel lah 2 beranak manis ja muka tu. yang ni anak ayah sangat. yang sana anak mummy.. muka copy daddy sangat Sofea ni.. “

Cantik dan manis sungguh Sofea, buah hati Ezwan ini. Senyumannya begitu manis dan menenangkan. Semoga Dania Sofea menjadi anak yang solehah selalu, berjaya dalam pelajarannya dan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal ditempuhinya nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok erraezwan_editzz  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak