Artis / Selebriti
” Buku bertemu ruas, macam tu je Rina gula-gulakan 2 pelawak. Terbahak aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
Video Rina Nose Bermain Teka Teki Bersama Zizan Razak Dan Nabil Ahmad Buat Warganet Terhibur. Alamak Macam Tu Je Zizan Dengan Nabil Kena Gula-Gula Dengan Rina. Muka Zizan Tu Pasrah Betul, Haha !!
Kehadiran Rina Nose sebagai host The Hardest Singing Show menambahkan lagi kemeriahan rancangan tersebut. Sekali pun Rina dari negara jiran Indonesia, tetapi kebolehan Rina bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih dipuji oleh ramai peminat rancangan itu.
Menerusi akaun Tiktok Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Rina menguji minda Zizan Razak dan Nabil Ahmad dengan bermain teka teki. Soalan Rina kedengarannya seperti mudah tetapi pening juga Zizan dan Nabil memikirkan jawapannya.
Teka teki Rina berbunyi ‘ Ikan apa yang tiada mulut dan tiada ekor ‘. Spontan Zizan menjawab ‘ ikan tax’ ( income tax ) tetapi jawapan itu tidak betul. Sebelum Zizan turun ke kerusi juri, Zizan meminta Rina memberitahu jawapan untuk teka teki itu.

Fish ball, itu jawapan untuk soalan Rina. Pasrah sungguh muka Zizan sambil berjalan turun. Nabil pula menghentak-hentak kakinya kerana tidak menyangka itu jawapannya. Aduh Rina, disangkakan Zizan dan Nabil sudah lawak tetapi Rina lagi lawak daripada 2 pelawak ini, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@mediahiburanofficial Masa awal-awal tadi, hos dengan para juri main teka-teki. Ada betul juga jawapan yang diberikan Rina Nose ni kan? #MHnews #MediaHiburan #FYP
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha fish ball, selamber je Rina jawab fish ball. Macam tu je Rina gula-gulakan 2 pelawak tu haha.. terbahak aku tengok.. ”
” Buku bertemu ruas, 2 pelawak kena gula-gula dengan Rina, haha. Aku tak boleh betul lah dengan Rina ni.. Zizan pasrah betul dengar jawapan Rina.. ”
” Kena pulak teka teki Rina haha.. Tak pernah tak lawak Rina ni.. mcm tu je rina gulakan dorg haha. nsib baik dy x tnya ayam apa dlm air (jwpn dy sup aym) haa.. ”
” Masuk air rina ni.. 2 maharaja lawak kalah dengan perempuan, serius lah haha.. yang mahkamah tu aku terbahak ketawa.. rina memang up to date.. ”
” Ha ah la fish ball.. Betul la Rina jawab tu haha. Lawak lak tengok Nabil hentak kaki camtu. Rina je boleh kenakan zizan dengan Nabil.. ”
” Tak boleh henti ketawa aku dengar jawapan Rina haha. pelawak pun kena dengan Rina.. Zizan kenot brain eh fish ball jawapan dia haha.. ”
” Cute lah Rina Nose ni, pandai dia cakap bahasa melayu keep improving.. selalu Zizan kenakan orang, kali ini kena zan, kena mu zang haha.. ”
Bergema ketawa di seluruh dewan melihat Rina mengenakan Zizan dan Nabil. Pelawak pun boleh kena gula-gula dengan si Rina ini. Semakin lama, semakin masuk air Rina dan pastinya warganet akan merindui celoteh Rina apabila rancangan ini berakhir nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar


