Artis / Selebriti
” Bukan main lagi dia menari. Hafal step tarian ibu tak tahannya.. ” – Netizen
Video Gelagat Siti Aafiyah Ketika Menonton Konsert Ibunya Buat Warganet Terhibur. Amboi Aafiyah, Ibu Ligat Atas Pentas, Aafiyah Pun Buat Show Sendiri Dekat Bawah. Aafiyah Tunjuk Bakat Lah, Comel !!
Sehingga ke hari ini, masih hangat lagi diperkatakan oleh warganet mengenai konsert Dato’ Seri Siti Nurhaliza ‘ Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza. Konsert ini yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Khalid Jiwa dan anak-anaknya termasuk Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Meninjau akaun Tiktok Zack Qw, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Aafiyah ketika menonton konsert ibunya ini secara live. Kedatangan masuk Aafiyah sahaja sudah membuatkan penonton di situ menjerit-jerit memangggil namanya.
Aafiyah pula sudah pandai berinteraksi dengan orang sekeliling dan melambai-lambaikan tangannya. Sewaktu DS Siti sedang menyanyi dan menari, Aafiyah pula ‘membuat shownya sendiri’ di bawah pentas. Bukan main ligat lagi Aafiyah mengikut ibu menari.

Komen warganet, Aafiyah sudah menunjukkan bakat seninya. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Aafiyah juga kelihatan begitu aktif dan ceria sepanjang konsert berlangsung. Konsert ibu pun seperti konsert Aafiyah juga kan Aafiyah. Alahai, comel sangat Aafiyah.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@alanasir31 Anak @Siti Nurhaliza masuk pun dah macam konsert dia pulak orang sume sorak. Siap lambai2 tu comey je! P/s: bukan saya yang menjerit itu ya haha #sebuahepitomesayasitinurhaliza #sitinurhaliza #magis #sitism #sitizoner #konsertsitinurhaliza
@alanasir31 Mak menari atas pentas anak ikut bawah pentas comel je! #sebuahepitomesayasitinurhaliza #sitinurhaliza #magis #sitism #sitizoner #konsertsitinurhaliza
@_tointoin_ Selain tengok tokti, dapat juga tengok gelagat anak-anak & cucunya 😂 #sitinurhaliza #afiyahanakibu #sebuahepitomesayasitinurhaliza #magis #axiataarenabukitjalil
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini dan antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aafiyah mesti dah tahu kan maknya penyanyi no 1 Malaysia.. anak ibu duduk diam-diam atas kerusi boleh hehe.. ”
” Malaysia’s number 1 singer in creation.. Aafiyah dah start training untuk jadi top star macam ibu dia.. ”
” Aww comel Aafiyah, bukan main lagi dia menari. Hafal step tarian ibu tak tahannya hehe.. ibu show atas pentas, Aafiyah show bawah pentas.. ”
” Saya pulak turut bangga bila tenngok aafiyah joget ikut ibu dia.. Aafiyah adalah penganti ibunya yang sebenar.. ”
” Wow bagus Aafiyah siap lambai-lambai lagi.. Akhlak dia macam ibu dia, pandai dan sopan dengan semua orang.. ”
” Permata hati tokti, Aafiyah punya glamour macam ibu jugak eh.. Tokti xperlu jdi permaisuri utk jdi no 1. effort dari muda membuahkan hasil.. ”
” Afiyah ni tau tak yer ibu dia ni famous truk kat mlysia ni.. Aafiyah punya menari tu macam konsert tu dia punya je kan hehe.. pandai ikut step ibu.. ”
Seronok dan enjoy sungguh Aafiyah dapat hadir ke konsert ibu kali ini. Lebih menyeronokkan Aafiyah boleh menari sesuka hatinya. Sudah nampak bakal pelapis ibu selepas ini. Apa-apa pun, tahniah DS Siti Nurhaliza atas kejayaan konsert ini. Mungkin selepas ni boleh bawa Aafiyah naik pentas pula, tentu lagi gempak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zack123qw, tointoin, ig ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya

