Artis / Selebriti
” Bukan main dia, menggeletis habis. Reaksi muka tu tak menahan, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha spontan menari buat ramai geram. Alahai Khawla, dekat mana mana pun boleh berjoget eh. Lentok betul badannya, comel lah Khawla..
Anak kepada pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri iaitu Nur Khawla Soleha antara si kecil yang sering mencuri perhatian ramai. Khawla yang berusia 4 tahun ini seorang anak yang lincah dan penuh dengan telatah yang mencuit hati.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ernienatorsmy.backup dan Instagram Xtra, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Khawla menari. Khawla sememangnya suka menari dan di mana sahaja Khawla berada bukan masalah untuk dia melakukan aktiviti kesukaannya itu.
Gerak tari dan lenggok badan Khawla yang lembut itu disukai oleh warganet. Ramai yang mengatakan perangai dan wajah Khawla tak ubah seperti Ernie. Ada juga yang melihat Khawla seperti mini Syamel. Khawla menari dengan penuh keyakinan dan tanpa rasa malu-malu.

Tarian Khawla itu menghiburkan hati warganet yang menonton video ini. Tidak mustahil Khawla boleh menjadi penari latar di konsert ibu dan daddy nya suatu hari nanti sekiranya bakat menari yang ada dalam diri Khawla terus digilap dan diberi pendedahan yang lebih besar.
Jom tonton video di bawah :
@ernienatorsmy.backup she kat mana-mana pun boleh berjoget 😂♥️ cc : yayaibrahem #erniezakri #khawlasoleha #randomvideo #trendingvideo #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bukan main dia, menggeletis habis haha.. Kak Ninie sangat ni Khawla Soleha.. adui comel lah khawla.. “
” Totallnya Ernie 2.0.. pandai sangat menari tu.. bakal jadi backup dancer mv abu nanti ni.. bijak dan comel khawla, kaki joget hehe.. “
” Tak perlu nak tanya dah anak sape, muka pun sebijik. Lala comel lah.. Kemain eahh Lala. Muka dengan perangainyaa.. “
” Comel uii.. gen alpha memang suka menari lah.. cute betul dia ni.. mini Ernie betul.. sakan lala menari eh.. “
” Amboii kemain menari sakan ya awak tu comel jee.. Siapa lg klu bukan si cheeky girl lalalaa…sooo syomel to the top.. “
” MasyaAllah sentiasa ceria dan aktif si comel ni.. boleh ganding dgn rina dan ara ni.. auntyy geramm lah dengan kamu ni, comel sangat.. “
” Amboi lala ni betul2 copy paste syamil dan ernie. Dah dlm perut lagi maknya pun kaki joget tak duduk diam. Maka ini laa hasil bakat yg terserap. Alahai sekali dengan react muka tu tak menahannya haha.. “
Bukan main lincah Khawla menari, memang betul anak Ernie dan Syamel. Gelagat Khawla yang mampu membuatkan orang melihatnya tersenyum. Semoga Khawla akan menjadi anak yang baik budi pekertinya dan berjaya seperti daddy dan ibunya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ernienatorsmy.backup, Instagram Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen

