Connect with us

Artis / Selebriti

” Bukan hanya ibu 4, ayahnya juga 4 ye. Menarik bukan.. ” – Abby Abadi

Perkongsian Abby Abadi sesuatu yang menarik mengenai anak sulungnya, Danish Hakim dan bakal menantunya Shalinda raih perhatian ramai. Wah meriahnya, hebat sungguh percaturan Allah SWT..

Khabar gembira mengenai anak kepada Abby Abadi yang telah selamat bertunang baru-baru ini mencuri perhatian ramai. Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh makna itu turut dihiasi dengan doa dan restu daripada ahli keluarga terdekat.

Perkongsian momen indah ini di media sosial membuatkan ramai peminat turut sama menumpang bahagia melihat fasa baharu dalam kehidupan anak selebriti tersebut. Antara perkara paling menarik perhatian adalah keunikan hubungan kekeluargaan yang bakal terbina.

Seperti yang dikongsikan, jika diizinkan Allah ke peringkat seterusnya, pasangan ini akan memiliki bukan satu atau dua, tetapi empat figura ibu dalam hidup mereka. Mama dan Mummy dari sebelah Danish, serta Mak dan Ibunya dari pihak Shalinda.

Situasi ini jarang berlaku dan pastinya menambahkan warna dalam institusi kekeluargaan mereka. Bukan itu sahaja, kehadiran empat figura ayah juga menjadikan hubungan ini lebih istimewa. Dengan panggilan Papa, Abah, Daddy dan Ayah, pasangan ini dilihat begitu bertuah kerana dikelilingi oleh ramai insan yang menyayangi dan mengambil berat tentang mereka.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ramai yang menyifatkan pasangan ini bertuah kerana memiliki keluarga yang besar dan juga harmoni. Antara komen-komen yang diberikan :

” Cantikk betull percaturan Allah . moga kekal ke akhir hayat . Baju abby beli mana. Cantik. Sweet colour. Bahagianya ada 4 ibu ada 4 ayah.. “

” Semua cantik, memey pun baik, abby pun baik, hebatnya percaturan Allah, semoga sentiasa berbahagia family semua.. “

” Nmpk kak abby yg macam pengantin baru, Hebat aturan Allah untk family ni ade 2pasangan ibubapa. Abby abadi mak mertua nyaaa.. “

” Maaf mata ku tertumpu dgn abby sj.lawa betul.. Eh ..umur Danish dah berapa erkkkkkk…sbb masih ingat Danish yg kecik dulu.. “

” Tunang danish sempoinya..suka tgk..xpyh try hard nk cover2 cantik, Muda lagi. Berapa umur danish & shalinda? Cantik sungguh kak abby ni,MashaAllah.. “

” Tau2 dah nak kawen si danish. Tahniah puan Abby Warna tema majlis plg harmoni.. macam iras che puan khaleedaa.. “

” Last tu Danish pegang bunga.  Selamat bertunang Danish. MasyaAllah cantik nya Abby. Patut lah ank2 dia pun cantik MasyaAllah.. “

Akhir kata, ramai yang turut mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan sehingga ke jenjang pelamin. Semoga hubungan yang dibina terus diberkati dan dipenuhi dengan kasih sayang yang berpanjangan. Tahniah diucapkan, semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber :IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak