Artis / Selebriti
” Bukan calang-calang tu, biduanita negara yang betulkan tudung. Saja je kan.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza membetulkan tudung Sharifah Shahirah buat ramai terhibur. Rupanya ada sebab Shiera buat tudung dia selekeh macam tu. Amboi, siap buat wajah bangga lagi, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Shieraijoy, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Seri Siti Nurhaliza membetulkan tudung Shiera telah membuatkan ramai terhibur. Menurut Shiera, dia sengaja memakai tudung selekeh kerana ingin Dato’ Seri Siti membetulkannya.
Nampaknya impian Shiera tercapai kerana Dato’ Seri Siti memang betul-betul mengemaskan tudung Shiera. Sporting betul Dato’ Seri Siti dan sangat merendah diri walaupun sudah bergelar biduanita negara. Untunglah Shiera sebab Dato’ Seri Siti yang betulkan tudungnya.
Dato’ Seri Siti sememangnya rapat dengan Shiera kerana salah seorang anak Shiera telah menjadi anak angkat Dato’ Seri Siti sejak dari kecil lagi. Anak perempuan Shiera iaitu Odah merupakan anak angkat kepada Dato’ Seri Siti. Kini usia Odah sudah belasan tahun.
Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada sahaja idea Shiera membuatkan ramai terhibur. Barulah nampak kemas dan comel apabila Dato’ Seri Siti sudah membetulkan tudung Shiera itu.
Jom tonton video di bawah :
@shieraijoyy1 perangaiππ #shieraijoy #fyp #foryou #esekeli #fypp
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Bukan calang2 tu,biduanita negara yg betulkan tudung. saje je Kan..nak tok ti… betulkan… Untung lee tok ti betulkan tudung.. “
” Ngadela kak.. by the way mmg comel jek..ha2. Sengaja kan nak tokti buat tudung kak rara. Artis sama daerah . Untung lah kan .. “
” Pandai ct pakai pin butang org, aku org mintak tlg jd tebalik.. Β klw x gitu x mrasa bmnja dgn DCT khkh.Β Wow kemain errmmmm done jeles.. “
” Dah dah saya pulak, nak juga datang ke tokti ni.Β Perangai la..haha.Β sukanya .. cantik sangat, apa rahsia kak.. untung lah kak.. “
* Alolo manja ngat aok yak. odah tu xsilap ank angkt tokti. Bestnya, nak juga tokti betulkan tudung i, haha. Seronok ya..Β “
” Amboi, macam macam lah kau kak. Perangai sangat. Bukan senang tokti nak betulkan tudung kau kak. Yang bukan bukan aje.. “
” Wah, untunglah.. dah ketepi bg aku plak. Ingat dia sorg je leh, aku pon nk jugak tokti betulkan tudung.. “
Aduhai, ada sahaja idea Shiera nak ‘ bermanja’ dengan Dato’ Seri Siti. Bukan senang hendak membuatkan biduanita negara yang betulkan tudung. Paling tak tahan wajah Shiera yang kelihatan sangat berbangga kerana mendapat servis daripada Dato’ Seri Siti, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber :Β Tiktok Shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best duet ni, umpama klon suara Siti Nurhaliza dan Siti Sarah.. ” – Komen Netizen