Artis / Selebriti
” Boleh tubuhkan kumpulan nasyid Amir adik-beradik ni.. ” – Netizen
Video Adik Amir Bersama Adik-Beradiknya Menyanyikan Lagu Ainul Mardhiah Versi Acapella Buat Ramai Teruja. Wah Abang-Abang Amir Pun Suara Sedap-Sedap Belaka, Menyanyi Santai Pun Merdu !!
Meninjau ke akaun TikTok Amir Sisi, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat adik Amir bersama adik-beradiknya telah meraih perhatian ramai. Nampaknya ke mana sahaja adik Amir pergi, pasti ada ahli keluarganya bersama.
Tidak ketinggalan juga guru-guru adik Amir yang sering berada bersama adik Amir setiap kali adik Amir menerima jemputan persembahan. Apa yang menarik untuk video kali ini ialah persembahan bersahaja adik Amir bersama abang-abangnya di akhir video.
Adik Amir dan abang-abangnya menyanyikan lagu nasyid berjudul Ainul Mardhiah dalam versi acapella. Wah, tak sangka suara abang-abang adik Amir juga cukup merdu. Apabila digandingkan bersama sememangnya sangat sedap untuk didengari.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Adik Amir kini sering menerima jemputan untuk membuat persembahan dalam pelbagai program TV dan juga majlis rasmi.
Jom tonton video di bawah :
@amir.sisiunukoffi Eksklusif tonton smpai habis..ainul mardhiah versi acapella depan pjabat ustaz..#berandatiktok #fypシ #termojproduction #diaridaripedalaman
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Di ruangan komen, ramai yang turut memuji sikap baik guru adik Amir yang setia mendidik adik Amir. ANtara komen-komen yang diberikan :
” Kenapa cikgu dengan amir tak nak buat rekod nasid sebab suara cikgu2 pun sedap juga.. depa ni nyanyi mulut tengok macam tak buka.. “
” Boleh ni Cikgu tubuhkan kumpulan nasyid Amir adik beradik.. Tahniah Amir semoga terus maju jaya Alhamdulillah terima kasih cikgu mendidik Amir sampai skrng.. “
” Cikgu pon sedap suaranya.. arun lg pemalu ye .. semoga berjaya semua.. PA amir dua2 ade ye… cikgu semua terbaik.nyanyi pon best.. mantaplah.. “
” Wow kalau amir tarik lagu.. memang bes la. rezeki amir dpt drasa brsama kluarga…abg2 amir pn dpt join kmana amir ada event…. alhamdullilah.. “
” Suara cikgu Amir, mendayu. Mantap cikgu.. amir klau nyanyi lagu ni best suara dia sedap.. Bersyukor Amir dapat Cikgu yg membimbing Terbaik.. “
” Cikgu2 adik Amir hebatt2 semua..beruntung kau adik Amir..lindungilah mereka semua ini Ya Allah.. Arun pemalu sgt tu.. “
” Suara cikgu ponnn suara merdu.. namanya juga cikgu memang pandai menarik murid2 sampai join nyanyi.. hebat.. “
Jika adik Amir dan abang-abangnya bergabung dan menjadi satu kumpulan nasyid pastinya akan menjadi satu gandingan suara yang mantap. Semoga adik Amir terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan turut berjaya dalam pelajaran, Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti10 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen



