Artis / Selebriti
” Boleh nampak Tom Cruise kagum dengan gaya penghantaran mesej oleh Ezzrin Loy.. ” – Komen Netizen

Video perbualan adik Elfira Loy, Ezzrin Loy dengan pelakon Hollywood, Tom Cruise raih perhatian ramai. Wah, hebat slang bahasa Inggeris Ezzrin. Nampak Tom Cruise pun kagum dengan Ezzrin..
Meninjau ke akaun Tiktok Ezzrin Loy, perkongsian sebuah video yang memaparkan Ezzrin berpeluang bertemu dengan pelakon Hollywood, Tom Cruise telah meraih perhatian ramai. Pastinya satu kenangan dan memori indah buat Ezzrin kerana dapat bertentang mata dengan Tom Cruise.
Ezzrin bertemu dengan pelakon ini ketika acara tayangan perdana filem Mission: Impossible- The Final Reckoning di Tokyo, Jepun, baru-baru ini. Menerusi video ini, Ezzrin menitipkan ucapan terima kasih di atas sumbangan aktor Hollywood tersebut di dalam industri perfileman dunia.
Bukan satu yang mudah untuk bertemu dengan aktor popular ini, apatah lagi diberikan peluang untuk bercakap sepatah dua kata. Ezzrin dilihat menggunakan peluang keemasannya ini dan ramai memuji slang bahasa Inggeris Ezzrin seperti mat salleh.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 76 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ezzrin berpeluang bersalaman dan juga mengambil autograph pelakon ini walaupun pertemuan mereka hanyalah seketika.
Jom tonton video di bawah :
@ahmadezzrinloy I met the blueprint. His every frame, every choice, moves the world. Tell me, how could I not be overwhelmed. Thank you, Tom, for everything.
Di ruanagn komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Cara dia salam tu jelas dia sangat hargai ucapan tu… Bukan Tom yg rendahh. Tapi adik Elfiraaa ni yg tinggiii gaisss. Tahniah! “
” Congratulations To You All,Masallah so great to see my favourite actor Tom Cruise.. Nice speech from Ezzrin and nice response from A Class Hollywood actor.. “
” World statement world comments. Baru betul actor, entertainer and public figure. Jarang… Ada dalam industri kita.. “
” Boleh nampak Tom Cruise kagum dengan gaya penghantaran mesej oleh pelakon ni, selalulanya media² sana hantar journalist² yg tanya soalan² yg “mediocre” yg kadang² tak ada “substance”.. “
” Baguslah untuk Malaysia yg selalunya kita tampakkan imej yg professional dan menaikkan daya tarikan negara kita. bertambah lagi kemungkinan utk buat penggambaran di negara ni .. “
” The professional person will appreciate each of your words, look into your eyes when they reply your words. Amazing Tom Cruise! Humble and genius! “
” Tinggi juga budi bahasanya melambangkan Melayu yg beradap . Memang betul betul rezeki dapat jumpa tom cruise .. “
Dapat dilihat Tom Cruise kagum dengan kata-kata yang disampaikan oleh Ezzrin dan Tom juga tidak sombong. Selain Ezzrin, pempengaruh pereka kandungan digital iaitu Sofyank turut berpeluang bertemu dengan Tom Cruise ketika di acara yang sama.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ezzrin Loy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kenapa aku pun keluar air mata ni. Terkesan dengan pesanan abah Amira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Bella sampai tak bernafas ketawa, lawak gila. Sebijik Namie tiru YB Saddiq, haha.. ” – Komen Netizen